Identiti The Stigs ‘Top Gear’ Terbongkar
Published September 3rd, 2010 in InformasiAssalamualaikum kepada pembaca semua, semoga anda sihat selalu. Adakah anda penggemar kereta? Jika jawapan anda adalah ya, pasti anda adalah salah seorang penggemar rancangan ‘Top Gear‘ yang bersiaran melalui siaran BBC.
Sebelum ini saya ada terbaca bahawa, ‘The Stig‘ telah menghasilkan sebuah biografi yang menceritakan pengalamannya selama tujuh tahun dalam rancangan Top Gear, selain ingin mendedahkan dirinya kepada orang-ramai. Namun mendapat tentangan yang hebat daripada pihak pengurusan Top Gear, dan juga BBC sendiri. Ini kerana, watak The Stig yang misteri itu mempunyai pengaruh yang tinggi dikalangan penggemar Top Gear.
Tetapi, daripada berita terbaru yang saya perolehi ini identiti The Stig sebenarnya adalah milik seorang lelaki yang bernama Ben Collins. Beliau merupakan bekas pelumba Formula 3, dan NASCAR. Selain menjadi stuntman yang memandu Aston Martins James Bond (Quantum of Solace) pada 2008.

Sebelum ni, ramai peminat Top Gear menyangkakan bahawa The Stig adalah bekas pelumba F1 iaitu Damon Hill, dan juga Micheal Schumacher… Namun, andaian tersebut meleset sama sekali. Sebelum ini, watak The Stig dipegang oleh Perry McCarthy yang menggunakan seragam hitam.
Maka, terpaksalah mereka memilih The Stig yang baru untuk musim yang akan datang.
Salam…


o…bru la tau cite sbnarnyer..huhuhuh
mmg power the stig 2 drive kete..x heran la lau dia 2 x pelumbe NASCAR
[reply this comment]
admin reply on September 3, 2010:
Saya suka nama kamu di mana Joe Jambul. heheh
Tu lah, United Kingdom memang dah melahirkan ramai pelumba kereta Rally, F1, dan NASCAR.