8 Budak Paling Menakjubkan
Published August 29th, 2010 in InformasiAssalamualaikum kepada pembaca semua. Semoga anda seronok membaca dan menonton apa yang saya sajikan di blog ini.
Hari ini, saya ingin kongsikan dengan anda 8 Budak Paling Menakjubkan yang belum pernah diketahui sebelum ini. Mungkin juga, ada diantara budak-budak ini yang belum akil baligh ketika mereka berjaya dalam lapangan yang mereka ceburi. Selepas anda melihat kisah kejayaan mereka, saya berharap anda dapat menerapkan nilai keusahawanan dikalangan anak-anak kita.
Biarlah belajar tinggi mana pun, yang paling penting galakkan anak-anak kita menunjukkan potensi diri mereka. Sama ada dalam bidang perniagaan, sukan, mahu pun penciptaan.
1. Fraser Doherty: budak berusia 14 tahun yang menjadi kaya raya dengan menjual “jem”

Sementara kebanyakan remaja lain mencipta kekayaan dengan menghasilkan website yang popular. Berbeza pula dengan Fraser Doherty, yang menjadi kaya raya dengan menghasilkan jem berdasarkan resepi tradisi nenek di dapur rumahnya. Beliau mula menghasilkan jem ketika berusia 14 tahun, dan menjalankan perniagaan SuperJam secara sepenuh masa ketika berusia 16 tahun. Kini, pasaran SuperJam adalah kira-kira 10% daripada pasaran jem di UK.
2. Milan Karki: budak 18 tahun yang mencipta panel solar berharga £23 menggunakan rambut manusia

Panel solar jenis terbaru yang dihasilkan dengan rambut ini bakal menjadi yang termurah, dan mesra alam seperti yang dinyatakan oleh penciptanya. Milan Karki (18) adalah remaja yang berasal daripada pedalaman negara Nepal, percaya beliau telah berjaya menemui penyelesaian dalam keperluan pembangunan tenaga dunia. Panel solar ini berupaya untuk mengecas bateri handphone, dan juga mengecas bateri.
3. Jordan Romero : manusia termuda menakluk Gunung Everest

Beliau mendaki gunung Everest bersama bapa, rakan perempuannya, beserta sekumpulan Sherpa yang dipercayai. Beliau mendaki gunung Everest melalui negara China, kerana kerajaan Nepal melarang kanak-kanak bawah umur mendaki Everest.
4. Cameron Johnson : remaja yang menjual website dengan nilai enam angka.

Ketika berusia 15 tahun beliau menjana pendapatan $300,000 hingga $400,000 setiap bulan. Ketika berusia 19 tahun, beliau menjual salah satu websitenya pada harga sekitar “enam angka”. Segalanya bermula ketika Cameron berusia 9 tahun dengan menjual kad ucapan menggunakan perisian photoshop di rumahnya. Antara websitebeliau adalah Surfingprizes.com, dan Certificateswap.com.
5. Deitrich Ludwig: menjadi orang termuda mencipta trak elektrik ketika berusia 13 tahun.

Membina pikap elektrik 2000 Chevrolet S-10. (Link)
6. Mohamed Altoumaimi: budak 16 tahun yang menyelesaikan masalah matematik berusia 300 tahun.

Menyelesaikan masalah matematik abad ke-17 seorang pakar matematik Swiss yang bernama Jacob Bernoulli. (Link)
7. Thiago Olson : budak 17 tahun yang menghasilkan peralatan nuklear di “basement” rumahnya

Digelar sebagai “saintis gila” oleh rakan-rakannya kerana menghasilkan reaktor nuklear di rumahnya.(Link)
8. Jonathan James: penjenayah siber berusia 15 tahun yang menceroboh laman web NASA.

Mati ketika berusia 24 tahun. (Link)


hoho..ganas gila diorang semua nih..
[reply this comment]
admin reply on September 10, 2010:
Budak nombor 8 tu, sah-sah kene bunuh dengan agen CIA… bijak sangat, komputer tu dah macam darah daging sendiri…