[Blog Ini Ditaja Oleh]


Assalamualaikum kepada pembaca semua. Hari ini saya ingin berkongi dengan anda Top 5 : Cara Membuat Duit di Internet. Saya percaya ramai dikalangan kita, yang sedang tercari-cari sumber pendapatan lain selain bergantung dengan gaji tetap setiap bulan. Mungkin anda telah mencari, atau mencuba pelbagai idea bisnes tetapi tetap menemui kegagalan.

Apa yang akan saya kongsikan ini, adalah bagi memudahkan anda membuat senarai pendek bisnes internet yang sesuai dengan kemampuan dan kebolehan anda. Ini kerana, setiap orang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza. Saya akui setiap sesuatu yang baru dan di luar  kebolehan anda, anda perlulah mempelajarinya daripada asas satu-persatu.

Jika anda telah melakukan perniagaan di internet, atau menjana duit di internet tahniah saya ucapkan. Memang ada 1001 cara menjana duit di internet, tetapi apa yang akan saya kongsikan adalah, Top 5 : Cara Membuat Duit di Internet. Sama ada anda setuju atau tidak, cara ini adalah yang terbaik jika anda ingin menjana duit di internet. :)

Top 5 : Cara Membuat Duit di Internet

5. Menjual Barangan di eBay.

  • Seperti yang diketahui laman eBay merupakan laman web lelong yang terbesar di dunia. Jika anda mempunyai barangan terpakai di rumah, yang anda rasa sudah tidak berguna, di luar sana ramai orang yang sanggup membayar untuk barangan tersebut. Apa yang perlu dilakukan adalah, mula kumpulkan barangan terpakai di rumah anda, buat profil penjual dan boleh terus menjual. Nampak mudah, tetapi anda memerlukan sedikit latihan supaya mahir dengannya. Anda juga perlu memastikan harga yang ditawarkan adalah minimum supaya ada pembeli. Pastikan anda mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan, supaya mereka memberikan maklum balas yang positif. Maklumat berkaitan buat duit dengan eBay boleh dapatkan di sini Rahsia eBay.

4. Blogging.

  • Jika anda mempunyai hobi, atau menyukai sesuatu perkara dengan mendalam. Anda boleh menjadikan blog sebagai medium perkongsian tentang minat anda itu, anda boleh mula menjana pendapatan dengan menjual ruangan iklan di blog anda. Kebanyakan blogger berdaftar dengan Google Adsense bagi menjana duit, di peringkat tempatan anda boleh bermula dengan innity, Nuffnang, dan juga Mangga Ads.

3. Reka, dan Menjual T-shirt.

  • Jika anda ke pusat-pusat pengajian tinggi, atau Universiti anda pasti akan melihat para pelajar memakai T-shirt yang mempunyai perkataan dan logo menarik yang dicetak pada T-shirt mereka. Biasanya, rekaan yang menarik dan unik mendapat permintaan yang tinggi. Kemunculan internet telah memungkinkan penjualan T-shirt anda ke seluruh dunia. Antara website yang telah berjaya adalah CafePress.com dan SpreadShirt.com.

2. Freelancing.

  • Freelancing atau membuat kerja bebas juga mirip seperti blogging. Apa yang perlu dilakukan adalah, anda berkongsi dengan orang ramai mengenai kebolehan anda. Freelancing biasanya mengkhusus kepada sesuatu kemahiran yang dimiliki oleh seseorang. Contohnya jika anda pereka grafik, atau pereka laman web anda boleh mendapatkan upah daripada pelanggan yang menggunakan khidmat anda.

1. Domain Name Flipping.

  • Berdasarkan nasib, strategi, dan kebolehan dalam perniagaan. Domain Name Flipping boleh menjadi salah satu cara menjana duit yang lumayan di internet. Sebagai contoh, domain name bird-cage.com telah dibeli pada tahun 2005 dengan harga $1,800. Selepas dua tahun, website tersebut telah didesign semula dan dijual pada harga $173,000 kepada penjual sangkar burung. Maklumat berkaitan Domain Name Flipping ini, anda boleh dapatkan di RahsiaFlippa.com

Selamat mencuba, dan semoga anda berjaya menjana RM1 pertama diinternet. :D Salam…


13 Responses to “Top 5 : Cara Membuat Duit di Internet”

  1. 1 topo

    setakat ini aku hanya mampu buat duit dengan cara ke 4 je.. yang lain blom mampu lagi.. :D

    [reply this comment]

    admin reply on August 17, 2010:

    Topo, mungkin ko boleh mencuba Domain Name Flipping. Sebabnya, ko sudah ada basic menghasilkan weblog. :)

  2. 2 diraja22

    boleh cuba ni..

    [reply this comment]

    admin reply on August 17, 2010:

    Ya, diraja22. Lima model perniagaan ini adalah yang paling menguntungkan, dan mempunyai permintaan yang tinggi di internet. :) Tak perlu bersusah payah untuk memikirkan perniagaan apa yang hendak diceburi, hanya perlu buat sedikit kajian sebelum memulakannya.

  3. 3 landax

    ya!!aku menggunakan blogging sebagai medium cari wet!!ngehngeh

    [reply this comment]

    admin reply on August 17, 2010:

    Blogging adalah cara yang paling mudah, walaupun nampak mudah. Sebenarnya perlukan sedikit kemahiran, lebih baik jika apa yang ditulis di blog itu adalah sesuatu yang kita minat. :) Mudah untuk mendapat idea menulis, dan mudah mendapat pembaca setia. Bahasa mudahnya, Niche blog.

  4. 4 Jayce

    I blog and invest stock market online to make a living. ;)

    [reply this comment]

    admin reply on August 19, 2010:

    I like your lifestyle, so freedom. :)

  5. 5 titan

    hoho..semuanya aku dah cuba. ada yang dapat duit. ada yang takk..

    [reply this comment]

    admin reply on August 19, 2010:

    Yang mana satu? Domain name flipping ke? Aku tengok macam mudah buat duit dengan flipping tu, tapi sebenarnya bergantung nasib jugak…

  6. 6 srikandi_timur

    kat step 1 sy dah sangkut ni…tlg la sya!!

    [reply this comment]

    admin reply on November 8, 2010:

    Sangkut macam mana tu? :) silalah lepak forum2 usahawan internet, saya yakin jawapannya ada byk di sana. contoh paling mudah di http://www.wangcyber.com/forum

  7. 7 vviisshhnnuu

    menguntungkan…tapi mesti kena cara btl..

    Entry Terkini: UM Campus Election Fight

    [reply this comment]

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin