Jauhi Perangkap Skim Cepat Kaya
Published August 15th, 2010 in malaysia, skim cepat kaya, make money, buat duit, Informasi, scam, Isu semasa
Assalamualaikum, semoga anda semua sihat selalu hendaknya… Alhamdulillah, hari ini saya sekali lagi dapat berkongsi “sesuatu” dengan anda semua. :) “Skim Cepat Kaya“, saya rasa ramai yang pernah terjebak dengan benda ni. Termasuklah diri saya sendiri satu ketika dulu, kononnya boleh cepat kaya dengan menyertai skim-skim tertentu. Akhirnya, duit beribu-ribu ringgit yang dilaburkan menjadi lebur… Menangis darah pun dah tak berguna.
Definisi Skim Cepat Kaya:
Skim Cepat Kaya adalah satu skim di mana sejumlah wang yang didepositkan atau dilaburkan akan dijanjikan pulangan yang tinggi dan lumayan. Lazimnya, pulangan yang dijanjikan selalunya lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen. Terdapat pelbagai jenis Skim Cepat Kaya, antara yang terkenal adalah Skim Pak Man Telo, dan Swiss Cash.
Ciri-ciri Skim Cepat Kaya:
- Promosi memfokuskan kepada mendapatkan downline.
- Pembayaran bonus berdasarkan kepada pencarian downline.
- Kontrak bertulis kepada ahli tidak disediakan.
- Pembelian wajib produk/perkhidmatan dikenakan sebagai syarat permulaan mendapat bonus.
- Dikehendaki membeli produk dengan harga yang tidak munasabah atau pembelian pakej produk diberikan bonus.
- Polisi bayar balik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan.
- Penarikan diri sebagai ahli tidak dibenarkan.
- Dibenarkan membeli lebih dariapada satu keahlian.
- Struktur pembayaran bonus ditetapkan lebih awal mengikut sususan hierarki.
AMARAN Kepada mereka yang menjalankan/mempromosikan Skim Cepat Kaya.
DENDA:
Individu: Sehingga RM 5 juta atau 5 tahun penjara.
Syarikat: Sehingga Rm 10 juta.
Saya tak nak ulas perkara ini panjang lebar, saya percaya akan ada yang tersinggung nanti. Tujuan saya kongsikan perkara ini pun bukannya untuk mencari musuh, saya kongsikan adalah untuk rujukan anda supaya tidak mudah terjebak dengan Skim Cepat Kaya ini.

Jika dahulu terkenal dengan Skim Pak Man Telo, dan Swiss Cash. Zaman kini pula terdapat beratus-ratus lagi skim-skim cepat kaya yang bertopengkan perniagaan MLM, dan juga pelaburan yang bukan-bukan… Tak perlu saya nak sebutkan satu persatu, jika anda perhatikan ciri-ciri Skim Cepat Kaya di atas, dengan mudah anda dapat membezakan perniagaan yang sebenar dan juga Skim Cepat Kaya…
Jika anda meragui sebarang perniagaan, atau pelaburan anda boleh laporkan terus kepada E-aduan: http://e-aduan.kpdnkk.gov.my
Talian Aduan Pengguna: 1800-886-800
Talian Jualan Langsung: 1300-888-255
Talian Aduan TTPM: 1800-889-811
Nota kaki: Ayat power Skim Cepat Kaya yang biasa digunakan… “Anda tak perlu menjual barang untuk mendapatkan ganjaran/pulangan“.
Cuba anda fikirkan sejenak, perniagaan apa yang diniagakan tanpa sebarang produk/khidmat? Adakah layak sesuatu perniagaan itu digelar sebagai perniagaan, jika tiada produk/khidmat?


kalau score A tu,Skim cepat kaya ke?
[reply this comment]
admin reply on August 17, 2010:
No komen lah, memang banyak MLM di luar sana. Malaysia adalah sebuah negara yang sangat kompetitif dalam bisnes MLM, di Malaysia sahaja ada lebih 700 syarikat MLM. Dan yang bergabung dengan DSAM (Direct Selling Association Malaysia), ada 50 sahaja.
nota kaki : score A tu MLM ke?
ibnu farhan reply on September 13, 2010:
salam landax….saya ada prove bahawa score A tu bukan skim cepat kaya..malahan amat telus..bole contact saya untuk tahu maklumat lanjut 012-5003774…saya ni mmg kaki bt biz MLM…kebanyakkan gagal..tp dengan score A saya yakin..jgn risau Score A tidak mengamalkan money game,skim cepat kaya atau apa sahaja yg sewaktu dengannya….
salam..
walau pun ianya lumayan..tp,
x terfikir ke ner dtg wet y bnyk 2?
adekah ianye halal?
kemanakh wet 2 d labur kn?
ish2…bek ko siasat btol2 hal nie..
[reply this comment]
tu bukan skim cepat kaya tp skim bagi cina kaya. mmg bodoh dan bangang la kite org melayu di perbodohkan oleh org cina. hahahahhaa semua bangang
[reply this comment]
Kebanyakkan menipu je!!
Entry Terkini: UM Campus Election Fight
[reply this comment]
Kebanyakkan x boleh percaya!!
Entry Terkini: UM Campus Election Fight
[reply this comment]