Paul Si Octopus ramal Sepanyol Juara Piala Dunia 2010
Published July 9th, 2010 in piala dunia, piala eropah, Informasi, Isu semasa![]()
Salam kepada semua pembaca blog ini, terima kasih kerana sudi singgah di sini. Bagi anda yang pertama kali datang ke sini, selamat datang kami ucapkan…Demam bola sepak Piala Dunia sudah hampir ke penghujungnya, selepas mengharungi 63 perlawanan selama hampir sebulan. Kini apa yang tinggal adalah perlawanan yang terakhir, iaitu perlawanan penentuan juara bola sepak Piala Dunia 2010 antara Belanda menentang Sepanyol. Ketika dua pasukan hebat ini sedang melakukan persiapan untuk perlawanan akhir tersebut, Paul si Octopus ini telah membuat ramalannya yang terbaru. Sotong ini meramalkan pasukan Sepanyol akan memenangi perlawanan akhir tersebut! Boleh percaya ke ni?
Kita tunggu selepas perlawanan akhir nanti, jika betul pun tekaannya ianya hanyalah sekadar kebetulan sahaja.
Fakta tentang Octopus:
- Perkataan Octopus adalah berasal daripada perkataan Yunani iaitu “Ὀκτάπους” yang bermaksud berkaki lapan.
- Tubuh Octopus sangat fleksibel, di mana dapat menyelinap di celah-celah batu karang yang sempit apabila diancam oleh pemangsa.
- Spesis Octopus mampu hidup dari 6 bulan hingga 5 tahun jika berada di berada dalam keadaan yang sesuai.
- Sotong Kurita adalah spesis yang cerdas! Berkemungkinan, ianya adalah satu-satunya spesis haiwan tidak bertulang belakang paling cerdas pemikirannya.
- Sotong Kurita mempunyai ingatan jangka pendek, dan panjang.
- Sotong Kurita mempunya penglihatan yang baik!
Sumber fakta wikipedia.
3 Responses to “Paul Si Octopus ramal Sepanyol Juara Piala Dunia 2010”
- 1 Trackback on Jul 9th, 2010 at 10:56 pm


mungkin tak lama lagi akan wujud company teka nombor berlogo sotong kurita pasnie..hahaha.lagi satu selain daripada penglihatan yang tajam, octopus juga memiliki kecenderungan kepada cahaya (brightness).
[reply this comment]
admin reply on July 12, 2010:
Oh begitu ke?