Minyak Petrol Terbaik dan Menjimatkan
Published June 18th, 2010 in malaysia, minyak, InformasiSalam semua pembaca, harapnya semuanya berada di dalam keadaan sihat selalu. Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda, apakah minyak petrol atau diesel yang terbaik dan menjimatkan pada pandangan saya. Apa yang akan saya kongsikan ini bukanlah berasaskan kajian saintifik atau pun kajian melalui badan-badan pengkaji antarabangsa.
Saya rasa, anda sendiri mempunyai stesen minyak kegemaran yang biasa anda singgah untuk mengisi minyak. Pendapat kita pastinya berbeza-beza, tetapi apa yang saya senaraikan di sini adalah yang paling menjimatkan kepada yang paling tidak menjimatkan. Ianya adalah berdasarkan pengalaman saya memandu kereta selama 4 tahun. Sama ada anda setuju atau tidak, saya tak kisah.
1. Esso Mobil - Saya sanggup biarkan tangki minyak saya kosong asalkan dapat mengisi minyak di sini! Selain ada cafe On the Run, boleh lepak-lepak main internet free…

2. Caltex - Dengan tambahan additive techron, insyaAllah enjin kereta anda akan bersih disamping menjimatkan.

3. Shell - Kalau dah takda dua stesyen di atas, saya akan berat hati isi di Shell…

4. BHP - Di tempat saya tak banyak stesyen BHP, tetapi jika tiada tiga stesyen minyak yang sebutkan di atas saya akan singgah di sini untuk mengisi minyak.

5. Petronas - Inilah stesyen minyak yang terakhir saya akan pergi, walau apa pun terjadi. Saya hanya ke sini untuk ke ATM sahaja… Maaf Petronas.

Anda mungkin ada pendapat yang berbeza, atau mungkin sependapat dengan saya. Saya sangat tidak berpuas hati dengan minyak Petronas kerana, enjin kereta saya akan berbunyi selain tidak menjimatkan… Salam.


saye lebih suke Shell. sebab minyak shell tu diambil dari telaga minyak di malaysia. Minyak malaysia ni sebenarnya paling terbaik kt dunia. sebab ada kandungan sulfur yang tinggi. ini yang buatkan pembakaran lebih menjimatkan. dan lebih kilometer
[reply this comment]
admin reply on June 18, 2010:
Kalau macam tu minyak petronas dari telaga mana? teruk betul kualitinya…
rumah Kak dengan caltex.memang selalu pergi
ke caltex.
Petronas tu alternatif yang lain.
[reply this comment]
admin reply on June 20, 2010:
Tempat saya takde Caltex, saya isi Caltex ketika bekerja di Shah Alam.
idris reply on July 17, 2010:
orang ramai kata petronas jimst dan ada pickup, tapi nampaknya petronas pilihan akhir, pening-pening kepala saya. yg mana satu.
nak tahu, apa kayu pengukur kata petronas tak bagus. tapi kalau dibuat bakar diri, krdua-dua nya blh hancur teruk.
admin reply on July 18, 2010:
Bertenang Idris, apa yang saya perkatakan adalah pandangan peribadi saya sahaja…
bagi saya semua ok mungkin sebab kereta saya kereta lama sebab tu tak rasa sangat perbezaannya kot?
[reply this comment]
admin reply on August 3, 2010:
Kereta saya pun lama juga, dah 9 tahun.
Kalau biasa jalan jauh macam saya mungkin dapat rasa bezanya. Hari-hari travel 120k KM…
sepanjang memandu lebih kurang 12 tahun ni, minyak petronas terbaik untuk pickup. Sesuai utk jln dekat2. Enjin pun ok. BHP ok tp susah nk jumpe cawangan dia..Esso/Mobil pertengahan antara Petronas dan Shell. Minyak Caltex pun xleh selalu isi sbb akan beri efek pd enjin (knocking). Shell paling xde pickup (kecuali V Power) sbb tu lebih kilometer utk jalan jauh. Tp xleh isi selalu sbb ada efek pada enjin (klu setia pd Shell akan dapati ekzos/enjin byk problem or leaking). Xcaya cuba korang isi minyak Shell je (jgn tukar2 selama 10 tahun), korang akan lihat kesannya.
[reply this comment]
zaki reply on November 23, 2010:
x sampai 5 tahun dah tuka keta.
saye rase betul pilihan admin tu.. firstly.. mmg esso dgn mobil sbb minyak die cair dan pembakaran yang lancar, second caltex, sbb kalau isi caltex enjin berseh sbb ade owng kecik cuci piston enjin kite. tapi katekan tidak pada bhp, shell dan petronas. minyak die mmg pekat tapi bahagian kerak2 minyak. enjin pun boleh jadi kaput. pembakaran tidak lancar…
[reply this comment]
Ya betul. esso dan mobil memang minyak paling best. sebelum ni saya guna Shell, tp bila dah try esso bestlah plak. enjin senyap sikit. saya guna myvi
[reply this comment]
Mus reply on July 25, 2011:
sy sokong…..:) esso mobil mmg terbaik…:) sy pon guna myvi gak…:) enjin bkn senyap je, malah jimat giler la….:) smlm, kete sy ade 6 bar minyak nye…sy start perjalanan dr Salak Tinggi, Sepang - g Shah Alam (amek tunang sy) - g KL (pusing2) - g Seremban (Senawang, Istana Seri Menanti, Ulu Bendul, Shopping buah2 dgn lemang) - g Nilai (g mkn2 jap) - g Kajang (pusing2 shopping jap) - g Shah Alam (anta tunang balik) , nk tau bpe bar abis? just 3 bar je…..:) hohoho
Sebenarnya. Semua petrol asalnye dari loji yg same. Kalu ko pegi kat PD etc, ko tgk lori yg keluar loji 2 mcm2 jenama. Yang beza cuma bahan additive dia aje.
Dalam Msia petrol import rs ye dr Africa @ middle east. Sna mnyk byk tp quality krg. Mnyk dr Msia semua kita jual kt luar sbb bleh jual mahal.
Ade yg kata kat luar pakai RON92 aje terutama US/EU,tapi rs ye ron hanya merujuk pada kadar meruap. Tp RON92 US and EU krg sulfur berbanding Msia RON95, even RON97. Jd petrol dia lbh bersih.
Ade yg kata kita pnya petrol sampai standard EURO 2, tp ape sy tau ia yg plg minimum untul lps EURO 2. Dan kbykn petrol di EU adalah gred EURO 4.
Pengalaman sy Esso paling bagus antara semua. Shell yg br krg power tp bleh thn lama, sesuai utk hgwy aje.Primax baik cket aje dr Shell. tp petrol yg br blum cb lg.klu hnya baik cket aje dr dl, xpyh la.Caltex krg power and kuat knocking. tp agak sesuai untk kete lama sbb bleh cuci.BHP dgr kbykn ckp bgs, skng tgh cb dl.br sekali isi. plg krg kn tggu 1bln br tau.
Ini hanya pndpt sy. bleh ambk sbgai rujukan @ bhan ketawa aje.
[reply this comment]
lan reply on April 26, 2011:
apa2 pun tunggu minyak kelapa sawit….
amer reply on June 27, 2011:
betul kata KK tu…..dulu selalu pakai mobil…tp skg tukar ke petronas primax x-tra….duit ikut balik umah tu……apa2 pun semua minyak ok…shell pick up….aku pakai pertonas utk wira ni…10 hari RM50….
comment2 diatas macam xcukup lengkap….knape xbagitaw je dalam komen2 korang samaada menggunkan RON95 @ 97….
[reply this comment]
saya setuju dengan pendapat anda… Mobil & Esso memang menjimatkan. saya guna myvi…
ingin beli kereta baru, lawat website saya: http://zakiautoworld.blogspot.com/
[reply this comment]
dulu selalu guna mobil…tp skg ni guna petronas primax x-tra….sbb ada duit ikut kita balik umah….apa2 pun dah 10 thn dgn kereta ni…rasanya semua minyak adalah sama…kecuali shell…berat kit……
[reply this comment]
Dalam banyak-banyak minyak senarai yang saya prefer. Saya biasanya Isi RON 97 kerana performance dan kesesuaian enjin dimana dalam owner manual tertulis nak RON 96 keatas. Kalau saya isi RON 95 pun saya isi kat volkswagen beetle lama saya berumur 40 tahun dimana minimum RON ialah RON 91.
1. Caltex - Performance bagus.
2. Esso Mobil- Kad smiles, performance bagus, ada di kawasan perumahan.
3. Shell- Bonuslink, V-Power Racing RON 99.
4. BHP- Ada RON 97 walaupun kecil stesennya.
5. Petronas- Paling tak suka kerana susah nak dapat RON 97.
Petronas ni memang leceh terutamanya Petronas di Genting Sempah, Rawang, Batang Kali dan Sungai Choh. Tiada RON 97 dijual menyebabkan saya terpaksa tahan isi minyak walaupun tinggal sedikit untuk panjat Genting Highlands untuk balik Hulu Selangor dan alhamdulliah Shell di Batang Kali ada RON 97.
Semua stesen minyak di Malaysia kecuali Petronas. RON 97 memang senang dapat dan banyak pam walaupun kecil.
Di negara lain, RON 95 banyak digunakan di Eropah, Asia, Australia, Afrika dan Amerika Latin . RON 91 di Amerika Utara dan Asia. RON 87 pula di US dan Kanada. Eropah banyak pakai diesel berbanding petrol.
Di Thailand pula, minyak mereka menggunakan gasohol 91 dan 95. Indonesia ada RON 88, RON 92 dan RON 95. Singapura ada RON 92, RON 95 dan RON 98.
Tetapi di Jepun, Petrol RON 100 dan RON 90 dijual tetapi harga tak kerata sangat iaitu 10 yen berbeza. RON 100 di Jepun 168 Yen/L manakala RON 90 pula 157 Yen/L.
[reply this comment]