Debu daripada Gunung Eyjafjallajokull Iceland Bala atau Penghujung Kehidupan?
Published May 9th, 2010 in Informasi, Isu semasa, IslamSalam semua, saya memohon maaf kerana sudah lama tidak mengemaskini kandungan di dalam weblog ini. Hari ini, saya ada sesuatu yang mungkin akan membuka minda dan mata anda. Jika anda mengikuti perkembangan semasa, anda pasti mengetahui mengenai letusan Gunung berapi Eyjafjallajokull di Iceland. Gunung tersebut telah mengeluarkan debunya yang banyak, sehinggakan seluruh Eropah kini lumpuh dan bergelap diakibatkan debu gunung tersebut tersebut.
Kali terakhir berlakunya debu gunung berapi meliputi hampir keseluruhan bumi adalah ketika berlakunya letusan kuat Gunung Krakatoa, di Indonesia pada tahun 1885 iaitu kira-kira 225 tahun lampau. Seperti yang diketahui, 2/3 daripada gunung tersebut telah hancur!
Mari kita tonton video, bayangan yang mungkin berlaku ketika malapetaka tersebut berlaku… Video ini sepanjang 47.52 minit.
Berbalik kepada apa yang berlaku sekarang, pada pandangan saya bumi Eropah sedang diturunkan bala oleh Allah s.w.t. Ini semua adalah atas kejahatan yang telah mereka lakukan ke atas umat Islam sendiri. Bermula dengan penyiaran karikatur Nabi Muhammad s.a.w yang kelihatan seperti pengganas yang memakai serban berbentuk bom! Selain itu mereka sedang cuba untuk menyekat agama Islam daripada terus berkembang di bumi Eropah, sedangkan mereka tidak mampu untuk membendungnya lagi.
Pelbagai cara yang mereka lakukan bagi menyekat perkembangan Islam, seperti menghalang pembinaan masjid, menghalang seruan azan, dan juga pengharaman pemakaian purdah. Walaupun pemakaian purdah bukanlah perkara wajib bagi wanita Islam, bagi saya ini adalah satu diskriminasi bagi umat Islam. Sedangkan mereka sendiri berpegangkan paksi Demokrasi, namun mereka jugalah yang menafikannya.
Saya hanya dapat berdoa supaya, ujian tersebut tidaklah sampai di sini. Walaupun saya sedar, setiap ujian yang Allah turunkan adalah atas kemampuan setiap orang umatnya. Anda boleh lihat gambar malapetaka tersebut di bawah.





Sumber gambar: boston.com
3 Responses to “Debu daripada Gunung Eyjafjallajokull Iceland Bala atau Penghujung Kehidupan?”
- 1 Trackback on May 11th, 2010 at 3:24 am


mcm2 sekarang ni kan. dah la ada ash in the sky. pastu minyak tumpah kat laut plak. dunia2 hehe
[reply this comment]
Kaaf Lam Nun -
[reply this comment]