Din Beramboi Pelawak Nombor 1 Koma!
Published March 30th, 2010 in Informasi
Salam semua, semoga semunya berada di dalam keadaan sihat selalu. Berkenaan tajuk di atas, saya sendiri terkejut selepas mengetahui berita ini melalui “wall Facebook” seorang rakan. Mesejnya berbunyi begini,
Desas desus mengatakan Din Beramboi sedang tenat di Hospital Selayang. Betul ke? Jika ya, doakan keselamatan dan kesembuhan untuk beliau.
Maka, dengan segera saya terus “Google” mengenai perkara ini. Ada pelbagai versi yang diperkatakan, antaranya Din Beramboi ada penyakit buah pinggang, dan hati. Ada juga yang mengatakan din keracunan, kerana makanannya dicemari dengan kencing tikus. Dan yang paling parah, Din Beramboi dilaporkan berada dalam keadaan koma dan doktor pula hanya memberikannya tempoh 24-48 jam untuk Din Beramboi bertahan kerana organ hati, dan buah pinggangnya tidak lagi berfungsi…Lihatlah pembaca semua, begitu mudah Allah menarik nikmat seorang hambanya. Kita doakan semoga Din Beramboi cepat sembuh, dan kembali ceria seperti biasa dan dapat menceriakan kita semua dengan lawak-lawaknya yang Original dan bersahaja…Mari kita saksikan lawak Din Beramboi yang membuatkan kita gembira ketika kita berduka…


0 Responses to “Din Beramboi Pelawak Nombor 1 Koma!”
Please Wait
Leave a Reply