Petua Menghilangkan Kelemumur
Published December 9th, 2009 in petua, Informasi
Salam semua, kepala saya kerap gatal kenapa ya? Apa yang saya tahu, kulit kepala saya ada kelemumur… Kadang-kadang saya rasa macam nak bakar je rambut tu.
Jangan terkejut, ayat di atas adalah rekaan saya sahaja. Walaupun kulit kepala saya berkelemumur, tetapi tidaklah kronik sangat. Benda ni memang biasa terjadi kepada orang lelaki, kerana dikatakan kulit kepala lelaki terlalu berminyak. Namun begitu, kaum wanita juga menghadapi masalah yang sama.
Hari ini, saya ingin kongsikan petua atau pun tips bagaimana dapat menghilangkan kelemumur. Kalau tak dapat hilang semua, hilang sikit-sikit pun bolehkan?
Terserahlah sama ada nak cuba atau pun tidak, apa yang saya kongsikan ini adalah melalui pembacaan saya.
Ada beberapa cara yang boleh dicuba tanpa memerlukan modal yang besar:
- Mula-mula sekali, syampukan rambu anda yang ikal mayang itu setiap hari. Kalau boleh dua kali sehari… Maka tak sempatlah kelemumur tu nak membiak.
- Jika syampu di rumah anda bukan syampu anti-kelemumur buangkan sahaja sekarang, dan gantikan dengan syampu anti-kelemumur yang berlambak dipasaran. Pastikan syampu anti-kelemumur tersebut mengandungi salah satu bahan-bahan ini zinc pyrithione, selenium sulfide, salicylic acid, atau ketoconazole bahan-bahan ini berfungsi untuk mengelakkan fungus(adik-beradik cendawan) daripada terbentuk dikepala anda.
- Gunakan tiga, maksudnya gunakan tiga jenis syampu yang berbeza formulanya. Gunakan satu jenis syampu untuk setiap bulan, ini bermakna untuk bulan pertama, kedua, dan ketiga gunakan syampu yang berbeza-beza sehinggalah seterusnya.
- Buihkan kulit kepala dua kali, untuk kali pertama basuh dan bilas seperti biasa bagi menanggalkan kotoran yang degil. Kali kedua pula, buihkan kepala sekali lagi dan biarkan lima minit kemudian bilas.
- Jangan gosok gunakan kuku, kalau boleh ketika cuci rambut pastikan kuku jari pendek supaya kulit kepala tidak tercedera ketika kita bersyampu. Kalau kulit kepala tercedera, cuba gunakan syampu bayi sehinggalah kulit kepala sudah pulih sepenuhnya.
- Selepas anda bersukan, atau berkebun pastinya badan berpeluhkan? Kalau boleh terus bersihkan kulit kepala, dan syampukan rambut secepat mungkin. Ini bagi mengelakkan kelemumur membiak di kulit kepala kita.
- Kurangkan penggunaan gel, krim, mahupun minyak rambut. Ini kerana, penggunaan bahan-bahan tersebut dengan kerap boleh membuatkan kulit kepala berminyak. Jika boleh kurangkan penggunaannya, kalau susah sangat botakkan kepala.
Adakah cara-cara yang saya nyatakan ini berkesan? Jika anda tak cuba macam mana kita nak tahukan? Apa kata, bermula dari sekarang anda amalkan petua-petua tersebut. Jika berkesan boleh kongsikan di sini, bagi rujukan pembaca yang lain.
Salam.
39 Responses to “Petua Menghilangkan Kelemumur”
- 1 Trackback on Dec 9th, 2009 at 12:07 am


syampu rambut 2 kali sehari????
[reply this comment]
admin reply on December 9, 2009:
Kadang kita tak boleh percaya sangat apa yang kita bacakan?
Dua kali tu maksudnya pagi dan petanglah, bukan ke kita mandi dua kali sehari?
Antara tips yang aku tahu ialah selalu urut2x kepala dan ubun kepala supaya melancarkan peredaran darah…
[reply this comment]
admin reply on December 9, 2009:
Eh, kelemumur ada kena mengena dengan peredaran darah ke? Tak tercapai akalku…
emm..ada gak masalah nih..kalau syampu, dia ilang la. lepas 2-3 hari..ada balik..
[reply this comment]
ni bukan petua.ini namanya pemuda.ko tak paham makna petua tu. hampeh!!!!!!!!!
[reply this comment]
admin reply on January 11, 2010:
Ye ke bro? sori la ek…
meme reply on February 4, 2011:
hahahhaha…… x jd pown!!!!
salam..
[reply this comment]
Dah cuba dah petua ni, kelemumur berkurangan tapi masalah lain plak timbul. Rambut banyak yg gugur. Camna tu….
[reply this comment]
admin reply on February 27, 2010:
Hi Freda, saya ni bukannya pakar mahu pun doktor. Seperti yang kita ketahui, syampu rambut tu adalah bahan kimia. Jika kita menggunakannya secara berlebihan, memang ada kesan-kesan sampingannya.
Jika kamu amalkan seperti di atas, dan dapat mengurangkan kelemumur tahniah saya ucapkan. Bagi mengelakkan keguguran rambut, saya cadangkan kamu memakan suplemen(vitamin) atau pun Protin susu soya…
Jenama yang terbaik saya cadangkan adalah NUTRILITE, mereka mempunyai pengalaman selama 70 tahun di dalam bidang mereka. Jenama ni tidak dijual di pasaran terbuka, jika ingin mencubanya boleh menghubungi saya di 0126447464.
Protin sangat bagus untuk tubuh kita, kerana menggalakkan pertumbuhan sel dalam badan.
senang citer…botakkan terus..kilat dan bersinar kulit kepala..
[reply this comment]
ooooo…macam tu yek? hihi!
[reply this comment]
nak promote susu lah nih
[reply this comment]
algojo reply on June 20, 2011:
nk niaga…………
bukan ke kalau slalu tukar2 syampu tu bleh buat rambut gugur??mcm mna nak ilangkn klemumur bagi girl yang berambut tebal tanpa memotong rambut???ehehe
[reply this comment]
saya dah pakai syampu banyak kali dah,tapi kelemumur tak hilang2 pun.
[reply this comment]
apa syampu yang sesuai untuk kulit kepala kita ataupun rambut kita
[reply this comment]
ana reply on December 6, 2011:
aku pakai je syampu clear..mmg clear sggoh..klmumur mmg cpt ilang..
yang aku ni pula masalah kelimumur sebab kulit kepala kering sangat.dah macam salji.11 tahun dah aku menderita kelimumur..punya lah sakit hati..entah bila nak berakhir.
[reply this comment]
Clara reply on September 18, 2011:
huhu.. anda botakkan je kepala tue..
hairull reply on November 3, 2011:
sma la kta..rmbut pun nipis sdh..oh tuhan..
Boring btl aku kat rmbut aku nie……mcm2 jenis syampo aku pkai tp g2 gk……Kelimumur menyusahkan tul……tlg lah bg tips supaya rambut aku x g kelimumur
…………………plsssssssssssssssss
[reply this comment]
lg 1 aku slalu tukar jenis syampo tp 1 pun x yg ngam kat rmbut aku nie……tambah2 g rambut pun byk yg gugur…cam ma 2 ekk….
[reply this comment]
wahahahahahhahaahha pe yg kamu gtau tu nk botakkn org..bukan kurang kelumumur…pedaa..lawak btulll.. ade lak yg komen tu ciap promote jualanye tuuuu..
lawakkkk.. ok ok petua aku lakye keme ptong rambut botak. kire p kdai mamak ptg rmbut tu gtau.. “Anne! potong rambut botak 1? mamak tu taula pe die buatnyee.. so pendek cter da botak..keme mandi shampo rambut then basuh ngn limau di kepala dengan urut2…waaaaahhhh…time tu keme rase kepedihannyeee.. insya-Allah kelemumur mkin berkurang..
[reply this comment]
boyfriend saya ada masalah kelemumur yg tebal..
ada petua camne nak hilangkan??
[reply this comment]
jumpa pakar
[reply this comment]
gi farmasi dn beli syampu jenama Nizoral….
[reply this comment]
shampoo 2 kali sehari x bley kan..nnti gugur ngn kering rmbut kita.sbb byk bhn kimia
[reply this comment]
Aku baru je lepas botakkan kepala, siap cukur bagi licin lagi..mak aii berkeping2 kelemumur atas kepala aku..adla petua2 tukang gunting rmbut tu bg kt aku utk setelkn prob ni..Mula2 sekali cari buah kelapa yg tumbuh..maksudnya buah kelapa yg dah boleh buat benih..pas2 kupaskan dan ambil lendir yg terdapat dlm buah kelapa tersebut seterusnya lumurkan kt kepala, biarkan sehingga 1 jam, dan cuci. kalau jadi bgthu k, ak pn lum try lagi baru nk cari xD
[reply this comment]
ambik daun bunga raya pas2 rendamkan ngan air…..daun2 hancurkan dalam air sampai keluar lendir dari daun2…air daun2 basuh kt kepala dan gosok lendir 2 cikit hgga sampai kt kpala…
[reply this comment]
chingu bell reply on September 7, 2011:
rase sngt ringan kpala kite dan wat tiap2 ari…sbb sye nyew kelemumur dh ilang…
hairull reply on November 3, 2011:
plssss help me….knpa rmbut sy bnyk lubang ar????pls rep//////
Gunakan shampoo ataupun sabun buat dari daun pucuk jambu batu, ia memang berkesan
[reply this comment]
sya dh cuba byk jns sympu,yg anti klmmur dh tentu dh tp msh jg ada tu…drpd rmbt pjg…skrg dh tlbh pendek…klau xilang jgla,mau botak kepala nie..hehe,sympu jnma clear tu dh try,tmbh byk adala…cr lain xda ka?
[reply this comment]
setau sy kalo kita kerap bersyampu akan buat rambut kita tmbh rosak…sy rasa bila kita terlalu bergantung dgn syampu mmg lar kelemumur 2 berkurangan tp bila masa kita smkin kurang menggunakanny ia akan kembli….ne ada bbrp petua yg mgkin boleh di gunakan….ne pown sy copy n paste…..tp biasany petua yg menggunakan bhn2 biasa ne berguna cumanya i akan mengambil masa yg lama cikit lar…..
Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-
Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit.
Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut
menjadi lembut dan bersinar.
Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya.
Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit.
Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur.
Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut.
Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.
[reply this comment]
saya nie ada masalah kelumumur…tapi saya xthu dah bagaimana nak buatnya supaya hilang..saya dah cuba banyak jenama syampu tapi tetap tidak berkesan…boleh bantu saya x..kalau boleh bagi petua tradisional kalau2 mnjadi…
[reply this comment]
admin reply on January 10, 2012:
Salam, saya tiada petua untuk kelemumur. Tetapi ada jual syampu khas untuk kelemumur.
Saya yakin, awak tak pernah cuba syampu yang saya recommend ni.
Nak tau lebih sila emel saya emet888@gmail.com
Subject : Nak tahu tentang syampu kelemumur.