Keburukan Puting Bayi Kepada Anak Anda
Published November 28th, 2009 in Informasi
Salam, entry kali ni saya ceduk daripada surat khabar majalah/Kosmo. Mitos ini saya pernah dengar sejak dahulu lagi, bahawa anak yang terlalu kerap menggunakan puting tiruan ni akan mempunyai gigi yang jongang. Itu saya kurang pasti, namun dengan kajian yang terbaru dan lebih moden didapati bahawa, kanak-kanak yang menggunakan puting terlalu lama akan mengakibatkan perkara seperti berikut:
- Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.
- Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.
- Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.
- Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.
- Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.
Maka, kalau boleh jangan gunakan langsung puting tiruan ni. Kerana ianya lebih banyak keburukan berbanding kebaikan…
Salam…


erk. no komen. takde pengalaman..
[reply this comment]
Beli ori saja.tak pernah beli tiruan.
[reply this comment]
semua fakta kajian diatas adalah betul…anak saya 3 tahun masih hisap puting, susah betul nak berhentikan…macam dah satu habit mulut kena ada puting…macam macam dah buat mintak berenti, tak menjadi, boleh tolong bagi tips…
[reply this comment]
saya baru melahirkan anak pertama pada 15 march 2010. keluarga suami meminta saya untuk memberikan puting tiruan kepada anak kami dengan alasan jika bayi menangis angin masuk mulut bayi.mereka percaya puting tiruan boleh menghentikan bayi menangis.tapi sampai sekarang saya tidak memberikan puting tiruan kepada bayi saya.adakah fakta mereka betul?
[reply this comment]
admin reply on April 11, 2010:
Cuba tanya orang dulu-dulu, mereka tak guna puting tiruan pun…
so, jangan pakai ye.
Lagi dua keburukan:
1. tak hygienic la.. sbb bila puting terjatuh budak2 akan masukkan semula kat mulut so kuman tu, kita mana sedar takkan setiap masa nak rebus dalam air panas 24 jam kan?
2. nipple confusion nanti.. baby yg masih menyusu badan akan confuse sbb teknik latch on bagi kedua2 puting ibu dan puting tiruan adalah berbeza dari segi posisi bibir baby dan kedudukan lidah so nanti baby jadi susah nak proper latch on during breastfeeding.
[reply this comment]