Bantu Saudara Kita Di Palestin!
Published October 25th, 2009 in IslamSalam semua, tahukah anda bahawa hampir setiap hari penduduk Palestin disakiti tentera-tentera Yahudi? Berbeza dengan kita, yang hidup aman tanpa sebarang gangguan. Namun saudara-saudara kita berjuang untuk mempertahankan bumi Palestin daripada terus dijajah oleh Yahudi, terutama kiblat pertama umat Islam iaitu masjid Al-Aqsa…
Saya berasa terharu dan sedih, apabila melihat gambar-gambar ini kerana mereka hanya menggunakan batu-batu ketika bertempur dengan tentera Yahudi yang menggunakan senjata yang terbaru dan canggih-canggih belaka. Kalau difikirkan lojik memang mereka tak mampu menang, melainkan dengan Bantuan Allah.






Yang saya hairan, di mana pasukan keselamatan Palestin yang diketuai oleh kerajaan Hamas?


Jika anda semua simpati dengan nasib saudara kita di sana, anda boleh hulurkan sebarang bantuan kepada Aman Palestin, untuk maklumat lanjut sila layari website ini www.amanpalestin.net/
Bagi saya, memberi bantuan kepada mereka adalah satu kewajipan kepada kita sebagai umat Islam. Bayangkan umat Islam di muka bumi ini ada 1.5 bilion orang, sekiranya 10% daripada kita mendermakan RM1 kita dapat mengumpulkan Rm 150 juta sudah cukup untuk meringankan beban mereka di sana.
Renung-renungkan. Salam…


negara jiran kaya-raya.mengapa tak bantuan saudara sendiri yang
menderita.pak arab beli kelab bola sepak $ratusan dolar.saudara
hidup menderita.
[reply this comment]
admin reply on October 28, 2009:
Aku memang bengang dengan pak-pak arab yang kaya raya tu! Tak faham betul aku.