Jaringan-jaringan Malaysia vs Manchester United
Published July 20th, 2009 in InformasiSalam semua.
Aku rasa cerita tentang bolasepak Malaysia masih belum reda lagi, bukan sahaja dibualkan di negara kita sendiri. Bahkan di negara luar pun mereka bercerita tentang bolasepak Malaysia ketika ini, mana tidaknya Malaysia mampu membolosi gawang Man U sebanyak dua kali. Yang menariknya, dengan dua orang penjaga gol yang berbeza.
Kalau rajin, lihat sahaja di Youtube. Seluruh dunia memberikan pelbagai pandangan mengenai perlawanan tersebut, ramai yang mengkritik MU kerana gagal bermain dengan baik. Selain tu, mereka mempersoalkan kekuatan MU selepas kehilangan Christiano Ronaldo. Paling kelakar, bila pengulas sukan Amerika Latin menyebut nama Amri Yahyah dengan nama “YahYah” sahaja. Dah macam nama pemain dari negara Afrika pula.
Sebenarnya dah lama tak dapat tengok jaringan, dan juga permainan “cantik” daripada pasukan bolasepak kebangsaan kita. Rindulah dengan kejayaan mereka diperingkat antarabangsa, kalau semangat ketika bertemu Man U diteruskan di sukan Sea Laos nanti. Tak mustahil kita boleh memenangi pingat emas! Bahkan, tidak mustahil sekiranya banyak pasukan di rantau kita yang ingin mengadakan perlawanan persahabatan pasukan kebangsaan . Mungkin mereka ingin menguji sendiri kekuatan sebenarnya pasukan bola sepak kita, sama ada kita dapat gol nasib ketika menentang Man U atau kita benar-benar hebat dan sudah maju setapak daripada mereka?
Anyway, aku tak nak berbangga sangat dengan kejayaan ini. Kejayaan diukur bukan dengan satu perlawanan sahaja, bahkan perlu konsisten sekurang-kurangnya memenangi 10 perlawanan kompetitif selepas ini. Kalau boleh, FAM uruskanlah supaya pasukan kita dapat menentang pasukan utama Jepun, Korea Selatan, dan China. Mereka sebenarnya memerlukan perlawanan tahap tertinggi supaya dapat bersaing dengan negara besar lain.
Jom kita tonton jaringan-jaringan cantik daripada Rooney, Nani, Amri Yahyah, dan Micheal Owen. :


0 Responses to “Jaringan-jaringan Malaysia vs Manchester United”
Please Wait
Leave a Reply