Barang Sudah Hantar - Payment On Hold
Published July 17th, 2009 in ebay, buat duitSalam semua, semoga semuanya sihat dan sukses selalu.
Selepas seminggu lebih ber”eBay” banyak juga halangan dan cabaran yang perlu aku hadapi. Terutama sekali selepas ebay dan paypal mengetatkan urusan jual beli yang dijalankan oleh orang baru macam aku ni. Walaupun aku dapat menjual di eBay, aku masih belum dapat menarik nafas kelegaan kerana eBay telah “On Hold” segala payment yang telah dilakukan oleh pelanggan ak.
Hanya dua payment je yang complete… Boleh tengok kat bawah ni:

Namun begitu ia belum dapat membuatkan aku berputus asa, penyelesaiannya aku terpaksa mengeluarkan modal dahulu untuk menghantar produk-produk tersebut kepada pelanggan aku yang datangnya dari USA, Republik Chech, dan Ireland. Harapan aku nanti, supaya diorang dapat bagi aku positif feedback supaya aku dapat berniaga dengan aman lepas ni.
Ini dia senarai barang yang aku dah hantar kepada pelanggan aku, setakat ni ada sembilan item je yang aku hantar.

Bermula Isnin lepas aku dah berhenti listing barang, gara-gara polisi eBay dan Paypal yang baru ni… Plan aku nak clearkan dulu order yang ada sekarang ni, bila payment semua sudah release dan mendapat +ve feedback yang cukup boleh la aku “bermatian-matian” dengan ebay lepas ni. Matlamat aku lepas ni $500.00 semingu dengan eBay. heheh
Salam.
Baca polisi terbaru paypal di sini —>> http://vur.me/s/0Vg
Baca polisi terbaru eBay di sini —>> http://vur.me/s/0V7


Aku 2 akuan ebay kena hold (termasuk paypal : sebab diorang detect akaun sama), gara-gara aku ghairah dropship nih.. sampai aku give up, last2 aku marah paypal… “7 tahun guna ebay ID / paypal yg sama, still korang nak byk songel dgn aku”.
Sekarang aku bior je akaun tu.. menyirap aku!
[reply this comment]
admin reply on July 18, 2009:
Aku rasa, tanpa kita sedari. Ebay dan paypal telah cuba menghapuskan peniaga2 dari Malaysia.
Mungkin rakyat Malaysia terlalu banyak berhutang dengan diorang. Tu yang diorang tak puas hati tu, selain tu kebanyakan peniaga Malaysia terlalu ghairah nak untung. Sampaikan kadang2 jual barang dengan harga yang tak munasabah.
Mereka sedang menapis peniaga yang jujur sahaja… Lihat saje polisi mereka, mereka tak mahu ada jutawan segera. Tapi mereka mahukan peniaga sejati yang berniaga di ebay utk jangka masa yang panjang, dan menjual produk-produk yang berkualiti, serta setimpal dengan harganya.
Anyway sabar la, anggap je buat masa ni ko tengah berehat daripada ebay.
…aku kadang2 tak puas hati dgn trader yang baru muncul, tapi main kotor.. cth dpt payment, lps tu hilang… membusukkan nama peniaga ebay lain dari Malaysia. Memang ada sesetengah penyangak ni yang menangguk di air keruh. Kalau tak, takkan takde sebab clickbank pernah gantung keahlian dari Malaysia.
…berehat… tak juga, aku stup akaun lain (utk jual tudung je la…) .
[reply this comment]
admin reply on July 18, 2009:
Itu yang paling dirisaukan, takut orang Malaysia terus diharamkan daripada berniaga di eBay. Sedangkan CB affiliate program pun boleh diharamkan di Malaysia. Apa tah lagi eBay yang jual produk fizikal?
Heheh… aku ingat dah give up terus berniaga di ebay