Blog Panjangakal Kini Do Follow Sepenuhnya
Published June 15th, 2009 in SEO, Informasi, Internet MarketingSalam semua.
Jika korang adalah seorang blogger, aku rasa korang wajib tahu apa itu No Follow dan apa itu Do Follow. Tak perlu nak ambil berat sangat, hanya perlu fahamkan sahaja. Jika korang rasa berguna korang ambil, kalau rasa tak berguna korang abaikan sahaja.
Setakat pemahaman aku setelah mengusha wangcyber, ubey, nasrun, zacharyfox, dan seo tips. Do Follow ni bagus untuk “kesihatan” blog kita. Kerana dengan mengaktifkan Do Follow, blog kita akan lebih kerap di lawati “spider”. Secara tidak langsung, PR blog kita akan meningkat dan lebih ramai lagi orang suka singgah ke blog kita untuk bagi komen.

Dengan mengaktifkan Do Follow, setiap orang yang memberi komen kepada blog kita akan menerima backlink daripada kita. Sebaliknya berlaku apabila ada orang yang memberi komen pada blog yang No Follow. Agak-agaknya korang faham tak? Benda ni simple je, kalau korang guna wordpress hanya perlu aktifkan plugin Do Follow. Boleh download melalui link ni http://www.semiologic.com/software/dofollow/
Keburukannya jika menggunakan Do Follow ini adalah terlalu banyak SPAM yang akan masuk diruangan komen blog korang. Tetapi, itu semua benda kecil je sebab Akismet, dan Spam Karma ada untuk menyekat SPAM-SPAM tersebut sebelum masuk ke blog korang. Kadang-kadang mungkin ada satu, dua yang terlepaslah kan?
Baiklah, jika ada yang tak faham lagi boleh rujuk blog-blog yang aku senaraikan di atas sebagai rujukan korang. Salam…


wahhhhhh menarik ni. hehe
dah lama aku tak pakai 3k2 theme neh. hehe
[reply this comment]
admin reply on June 16, 2009:
Theme ni memang dah ada, cuma tak guna je… tadi singgah blog bro, nak cuba theme yang bro pakai tapi tak boleh la pula. Almaklumlah, WP aku ni versi zaman batu punya. Tak pernah update sampai sekarang. hahah

Anyway, blog bro dah memang Do Followkan? Patut pun PR tinggi, selain spider pun selalu singgahkan?
pergh.. wp 2.21 hohoho klasik giler…
hohoho topotato.com pon do follow gak tp sesetengah je la.. hohooh
[reply this comment]
admin reply on June 16, 2009:
Heheh…
memang sangat2 klasikkan? 
dah lama dofollow ni..guna plugin
spider ke..spam ke….tak de masalah..akismet bertugas dgn cemerlang…blog setahun akistmet dah 10k lebih
[reply this comment]
admin reply on June 16, 2009:
Saya dah lama dengar tentang Do Follow ni, waktu tu ternampak kat blog makmalcyber. Tapi saya tak baca pon… Ingatkan takde benda…
tahniah…do follow gak akhirnyee..
[reply this comment]
admin reply on June 17, 2009:
Alhamdulillah, ada sedikit perubahan la bila dah Do Follow ni… Rasa macam visitor bertambah pula, tak taulah mimpi ke apa.
huhu.bgs ah dofolo. ley ak spam gle2 pasni. hehe
[reply this comment]
hoho. jejom2.dofolo. ak nk spam2
[reply this comment]
admin reply on June 18, 2009:
Heheh… Spam? SK2 ada.
betul-betul, dulu masa mrahfa guna wordpress pun ada problem spammer, tapi takpe, akismet kan ada. sure boleh tapis punya
[reply this comment]
admin reply on June 18, 2009:
Guna la Spam Karma, “filter” spam terbaik.