Hadiah Apa Yang Kamu Nak?
Published June 3rd, 2009 in InformasiSalam semua.
Hari ni boleh dikatakan hari gembira aku, sebab duit dah masuk. Duit apa yang dah masuk tu? Takpe la, biar aku saje yang tau… Sekarang ni aku perlukan pendapat daripada semua pembaca budiman blog panjangakal.com ni, aku rancang nak adakan satu pertandingan di blog ini.
Pertandingan tu adalah untuk mencari Tukang Komen Paling Banyak dalam setiap artikel blog ini. Syarat-syarat, dan segala terma dan syarat masih dalam perancangan lagi.
Motif sebenar aku adakan pertandingan ini adalah bagi mempromosikan blog panjangakal.com ni kepada lebih ramai lagi pembaca. Selain tu, aku cuba mencabar diri aku untuk meningkatkan Alexa ranking blog ini sekurang-kurangnya 300,000 dan ke bawah dalam tempoh 3 bulan.
Jika pertandingan ni mendapat sambutan, atau kantung aku mengizinkan, dan selagi aku larat mengira komen korang, insyaAllah aku akan teruskan pertandingan ini…
Okay cukuplah intro aku ni, soalan aku sekarang hadiah apa yang korang inginkan? Adakah wang ringgit, handphone, thumb drive, jam tangan, biskut, coklat atau pun paling cikai motorsikal sebiji?
Bagi aku, hadiah wang tunai dah jadi perkara biasakan? Mungkin korang ada idea lebih “gila” sedikit untuk dikongsikan di sini, jika cadangan korang tu berbaloi, bajet, menarik, dan tertarik insyaAllah aku akan pertimbangkan.
Amacam? Rasa susah nak bagi idea? Baiklah, aku nak bagi sedikit rangsangan di sini. Kepada sesiapa yang dapat bagi cadangan terbaik, dan kreatif korang akan dapat RM10.00 daripada aku.
Hadiah ni untuk seorang sahaja, hadiah ini hanya layak diberikan sekiranya cadangan tersebut betul-betul dapat menarik perhatian aku. Jika tiada yang layak, aku akan sedekah duit tu kat masjid.
Cadangan ni aku buka sehingga aku tulis artikel seterusnya. Selamat memberi cadangan!
Salam…
UPDATED:
Keputusan pemenang untuk cadangan terbaik telah aku pilih, walaupun aku hanya mendapat dua cadangan sahaja. Itu sudah cukup bagi aku.
Aku rasa korang bukan kisah sangat pun hadiah apa orang nak bagikan?
Yang penting hadiah tu lumayan…
Baiklah, aku akan umumkan pemenangnya, setelah aku fikir semasak-masaknya. Aku telah memilih Akuazwan sebagai pemenang kerana telah memberi cadangan terbaik.
Azwan telah mencadangkan supaya aku belanja makan kepada pemenang, unik juga cadangan tu. Sebab tak pernah jumpa lagi hadiah macam tu kat blog-blog lain. Cadangan tu insyaAllah akan aku tunaikan, tapi aku tak janji la ye…
Sebab aku ada hadiah lain yang tak kurang bestnya untuk diberikan pada korang.
Kepada akuazwan, sila berikan nama penuh, no akaun maybank atau cimb, dan alamat rumah kamu ke emel ni admin@panjangakal.com. Letak Subject emel “Tebus Hadiah RM10.00″.


aku cadangkan kau hadiahkan koleksi ebook2 yang ko ada..then takpun ko belikan akaun rapidshare premium then bagi je kat pemenang..(acc rapidshare RM 20-30)
[reply this comment]
admin reply on June 5, 2009:
Kalau macam tu aku bagi hadiah duit je la, kalau ko menang ko beli la sendiri ek…
salamz
aku cukup tercabar untuk merebut hadiah RM10 tu dulu. apa eh cadangan aku. jap..ermmmmm
apa kata ko bagi hadiah makan malam bersama ko di restoren berputar twin tower KL. ok tak idea tu.
nak kurangkan sikit bajet, belanja makan je di mana2 kedai pilihan pemenang.
[reply this comment]
admin reply on June 5, 2009:
Aku suka idea ko ni, ada harapan ni… Mungkin aku terpaksa fikir 15 kali untuk bagi hadiah macam tu.
Anyway, aku suka idea ko.
admin reply on June 6, 2009:
Aku baru perasan, kat twin tower ada ke restoren berputar? Yang aku tau kat Menara KL je yang ada…
akuazwan reply on June 6, 2009:
aah la….
aku pun baru terperasan salah tulis.hahah..kita ketawa sama2
kat menara KL la da restoren berputar
memang suke kalo dengor sal contest2 nie…hadiah len kire janji leh memang..huhu…
[reply this comment]
admin reply on June 6, 2009:
Bagi la cadangan sikit, mane tau ada rezeki boleh dapat rm10.00 tu.
terimas kepada pihak penganjur kerana memilih aku sebagai pemenang.
walapun yang bertanding merebut RM10 hanya 2 orang tapi saingan agak sengit juga. kepada yang tidak menang cuba lagi di lain masa.
tiada pengalah semua adalah pemenang.yeah…
siap ada ucapan lagi..hahah..
[reply this comment]
admin reply on June 6, 2009:
Tahniah, takpe aku suka ko bagi ucapan kat sini.