Kecoh Ah Long Hantu Polong
Published May 28th, 2009 in InformasiSalam semua, surat khabar pagi ni kecoh mengenai Ah Long aka Hantu Polong ni merantai orang ikut suka hati laki sebelah mak tiri diorang. Pinjam hanya rm800.00, tapi diperakukan seperti tahanan perang di Telok Guantanamo. Mesti diorang terpengaruh dengan cara zalim Amerika ni! haih… Apa nak jadilah…
Rantai sebesar tu, kalau dipakaikan pada anjing pun boleh patah tengkuk. Inikan lagi manusia, nasib baik keadaan mangsa tidak berapa teruk. Haiwan kau hantu polong, apa kata kalau korang pula yang kena ikat leher dengan rantai sebesar tu, baru korang tahu!
Bila nak cerita lebih-lebih tentang hantu polong ni, seperti takde apa-apa kesanlah. Pertama sekali, mereka ni tergolong di dalam kalangan rakyat Malaysia yang tidak tahu, dan tidak menghormati undang-undang. Diorang ingat ni kerajaan rimba ke? Bak kata KJ… :)Kat tempat aku sendiri, bersepah-sepah iklan syarikat peminjam wang ni. Tak kiralah “berlesen” atau tidak, merata-rata dari dalam jamban, telefon awam, dan juga tiang-tiang lampu jalan. haish…
Itu satu hal, cuba pula korang selak bahagian iklan surat khabar harian Metro, dan metro Ahad tu. Mak ai, berlambak-lambak iklan Ah long aka Hantu Polong ni. Surat khabar arus perdana sendiri menjadi “dalang” dalam hal ini, jika mereka betul-betul berasa bertanggungjawab silalah keluarkan iklan-iklan pinjaman wang tersebut dari surat khabar mereka. Jangan hanya memikirkan keuntungan sahaja, kesian dengan orang-orang yang buat pinjaman tersebut selepas terpengaruh dengan tawaran iklan yang disiarkan. Jangan dibagi muka dengan golongan Ahlong ni, mereka bukan ada niat baik pun.
Seelok-eloknya buatlah pinjaman melalui bank-bank sedia ada, bank-bank ini pun ada menyediakan pelbagai pakej untuk anda pilih. Jangan bagi alasan pihak bank susah nak bagi pinjaman, aku rasa zaman gawat nilah bank suka bagi pinjam. Cuma terserah pada korang yang nak buat pinjaman tu, janganlah putus asa jika pihak bank menolak permintaan anda buat kali pertama. Cuba lagi sampai dapat… Janganlah pula pinjam duit untuk main judi, atau pun melabur sebarangan, lebih baik korang mati lagi bagus kalau berjudi.Sampai sini sahaja, salam… ![]()


Jangan pinjam AH Long.,.. kalau boleh elakkan utang
[reply this comment]
admin reply on May 29, 2009:
Sebaik-baiknya begitulah Zool, tapi selagi kita hidup mustahil kalau tak berhutang. Bil-bil utiliti pun kira hutang jugakan? Kita pakai baru bayar…
huhu..hamba setuju…tapi aku tgk mamat gambar last tu cam posing je..suka ke kena amik pic hehehe
[reply this comment]
admin reply on May 29, 2009:
Memang dia posing pun, kalau ko baca paper semalam mamat sorang tu je yang sanggup ditemuramah…
“Seelok-eloknya buatlah pinjaman melalui bank-bank sedia ada, bank-bank ini pun ada menyediakan pelbagai pakej untuk anda pilih. Jangan bagi alasan pihak bank susah nak bagi pinjaman, aku rasa zaman gawat nilah bank suka bagi pinjam. Cuma terserah pada korang yang nak buat pinjaman tu,”
Promosi Kapitalis British nampaknya…
[reply this comment]
admin reply on May 29, 2009:
Salam, apa yang saudara maksudkan kapitalis british tu? Blog yang kita pakai ni pun kapitalis barat punya, kita hanya menggunakan teknologi mereka.
Adakah Bank Islam, Tabung Haji, dan juga bank-bank Islam lain berada di dalam kategori kapitalis barat tersebut?
Jika nak meminjam tu, pandai-pandailah nak pilih bank apa. Kita ada pilihan, tepuk dada tanya selera.
kerana pinjam sedikit wang, kene masuk jel. baik tak payah. kompol sikit-sikit, lama lama jadi bukit. katakan tidak pada ahlong.
[reply this comment]
admin reply on May 29, 2009:
Pandai-pandai lah fikir… Nak meminjam tu boleh, ada ke dikalangan kita ni yang tak meminjam? Billionaire pun pinjam kat banklah…
kimY reply on May 30, 2009:
betul 2…kat dunia nie sapa yg tak wat pinjaman…nak khawin pun pinjam,beli kereta cash pun kena siasat oleh pihak² tertentu..tipu la kalau kat dlm dunia nie tak der org buat loan!!!….
nak pinjam biar cari company yg berdaftar (mOnEy LeNDer)..
hu..
[reply this comment]
salam semua…dalam kisah aH LOnG nie org kata jahat dan kejam,kenapa mesti pinjam ah long ? nak cakap pandai tak jugak,kalau tak dapat pinjam kat bank cuba la cari company pinjaman wang yg berlesen (moneylender)
lebih kurang macam bank jgk !! kan lagi elok kita pinjam dgn company yg berdaftar dgn kerajaan..interest tak der la tinggi macam ahlong…so itu terpulang pada diri masing² la,if u all rasa nak selamat u pIkIr sendiri Lor..!!!
kalau nak pinjam dengan company tmpt sy pun boleh tapi kena complete la document²..=)
(mONEy LenDeR)
[reply this comment]
admin reply on May 30, 2009:
Sambil menyelam minum air, promosi nampak…
kimY reply on June 5, 2009:
hahaha biasala mau idup lor..gg la kot..
Dah tahu ah long memang gangster..jangan la pinjam dari diorang..kenapa nak pinjam ahlong? kamu ingat kalau ade choice diorang nak pinjam ah long ke? ape ke bengapnya manusia di dunia ni. dah bank taknak pinjam..jiran taknak pinjam..keluarga taknak pinjam..baru pergi cari ah long..dah diorang susah susah pinjam wang kat engkau tak nak bayar ape diorang nak buat? bukan boleh lapor polis pon..so guna cara keras la..RM800 pun wang. kalau kau ahlong kau pinjam rm 800 kat 10 orang..1 dari mereka tak bayar..kau buat dek..semua pun tak bayar..engkau tak stress ke? kerja diorang nie kena ade reputation ma..diaorang take risk pinjam wang kat engkau walhal institusi legal seperti bank tak nak pinjam kat engkau…abo? yg salah bukan along je tau..peminjam pun salah..kau pinjam aku rm800 la..aku tak bayar engkau jgn ikat aku macam diorang k..kau ceramah aku sudey..kau ceramah and lapor polis pun aku tak fu*kin care..kau nak buat ape? noobnya engkau..take it easy ok.
aku bukan seorang ah long
[reply this comment]
admin reply on June 2, 2009:
hahah
Actually ah long tak salah pun , jika you tak bayar balik , mereka anggap you curi . kan ?
[reply this comment]
janganlah cakap ah long tu tak salah… macam menggalakkan je..
ah long tetap ada salah…yang cekik darah tu tak salah ke. yang menaikkan interest sesuka hati walaupun ada black n white ttg cara bayaran tu tak salah ke… halal ke main cedera2 bunuh2 orang walaupun dia ada hutang dengan ko.. undang2 apa ah long ni pakai ingat boleh cedera2kan, rantai2kan orang sesuka hati. Jangan cakap ah long tak salah… 10 juta pun org hutang dia, kalau dia ambik undang2 di tangan dia, dia tetap salah… pada undang2 dunia dan akhirat.. kalau dia tak kenal akhirat sbb kafir, ha, undang2 dunia ingat boleh lepas ke?? SI*L!!
[reply this comment]