Selamat Tinggal getYouthMedia.Com
Published April 24th, 2009 in reviewSalam semua.
Disebabkan getyouthmedia.com, status Glitterati aku di tarik balik oleh Nuffnang. So, aku buat keputusan untuk buang sahaja “coding” untuk getyouthmedia ni. Pada pendapat aku, getyouthmedia ni pun tidak memberi kesan yang baik kepada blog aku.
Bayangkanlah, selepas 20 hari aku menyertainya aku hanya mendapat trafik sebanyak 22 clicks sahaja, daripada 780 views? Tak berbaloi untuk status Glitterati aku di lucutkan atas perkara seperti ini, mengarut sahaja.
Terkejut juga tadi dapat emel ni daripada Nuffnang:
Salam sejahtera blogger Nuffnang,
Anda menerima e-mel ini disebabkan oleh sistem kami yang telah menukar status keahlian Glitterati anda ke status keahlian “Ordinary” atau keahlian biasa.
Ini disebabkan skrip berikut telah dijumpai oleh sistem kami di dalam blog anda:[[ getyouthmedia.com ]]
Sila ambil perhatian yang ini tidak akan mengugurkan keahlian anda di dalam Nuffnang dan juga tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap unit iklan Nuffnang anda.
Walaubagaimanapun, jika anda ingin mengekalkan status Glitterati sila pastikan kod unit iklan di atas telah dikeluarkan daripada blog anda dan sistem kami akan mengemaskini profil blog anda dalam beberapa hari kemudian.Untuk maklumat lanjut mengenai kelebihan program keahlian eksklusif kami, sila rujuk daripada pautan berikut: http://www.nuffnang.com.my/
exclusive-program Harap maklum, terima kasih.
Jika anda memerlukan sebarang bantuan / maklumat mengenai perkara di atas, sila hubungi kami di http://www.nuffnang.com.my/
help
Heheh…
kawan-kawan yang lain pun ada dapat benda ni ke? Maaf sekali lagi getyouthmedia.com, aku tak dapat terus menyokong korang. Kerana sangat tidak berbaloi untuk menyokong anda! bahkan aku bakal mengalami kerugian.
Ini dia bukti status Glitterati aku di lucutkan, pergh sedih la. Bukan senang nak dapat status tu, berbulan-bulan baru aku dapat status Glitterati ni satu ketika dulu…
sob… sob…

Sampai sini sahaja, salam…


berbulan bulan?nape ek?bukan 2 hari je ke?dulu guna adsvertlet and nuffnang..pstu tgk adsvertlet slow je..guna la nuffnag..dh 3 hari x tukar2 jugak glitteri..anta je message kat dorg,tgk2 terus je dpt glitteri..:)
[reply this comment]
admin reply on April 26, 2009:
Berbulan-bulan sebab dulu aku tak faham apa itu glitterati dan sebagainya. Almaklumlah, waktu tu tak faham lagi. Aku mula faham lepas baca ebook percuma yang ditulis oleh Noorizamshah.
hohoho xtau plak aku kalo letak youthmedia tu kene buang gliterati.. tp aku mmg xpnah letak pon youthmedia tu.. hoho macam xbest je..
[reply this comment]
admin reply on April 28, 2009:
Aku baru tau bila mereka hantar emel tu…
Sebelum ni was-was juga nak letak…