Perangkap Nyamuk Aedes - DIY
Published March 26th, 2009 in aedes, nyamuk, malaysia, InformasiSalam semua, rasa rindu untuk menulis di blog ni.
Akhirnya dapat juga saya menulis, dan insyaAllah info-info berguna akan saya berikan kepada anda semua. Pernahkah anda mendengar mengenai demam denggi dan chikungunya? Jika ada yang tidak pernah dengar tu, anda memang kurang bijak. Tak pasal-pasal anda mati disebabkan penyakit ini, kerana tidak melakukan langkah-langkah awal untuk menghindari penyakit tersebut yang berasal daripada sejenis nyamuk yang bernama Aedes.
Mungkin ada dikalangan anda yang memandang mudah mengenai isu ini, sebabnya anda belum pernah merasai bagaimana rasanya terkena demam denggi atau chikungunya. Saya sendiri pernah merasainya kira-kira 7 tahun dulu, cukup menyiksakan dan perit badan yang menanggung. Alhamdulillah, umur saya masih panjang saya pulih sepenuhnya selepas 10 hari. Empat hari saya di tempatkan di wad hospital, dan selebihnya saya berada di rumah.
Baiklah, hari ini saya ingin kongsikan berkenaan perangkap Nyamuk Aedes. Anda boleh lakukannya sendiri di rumah anda, saya sendiri belum mencubanya kerana baru sahaja menerima emel ini daripada seorang rakan. Saya anggap, idea ini adalah sangat bagus untuk dikongsikan. Oleh itu saya terus kongsikan di blog ini untuk tatapan semua pembaca setia blog ini.
Info ini saya ambil sepenuhnya daripada emel tersebut, informasi tersebut adalah dalam bahasa Inggeris. Selamat mencuba!
Mosquito trap (Dengue prevention)

Hanya campuran air, gula perang, dan yis.
- Cut a plastic bottle in half, keep both parts. Can be Coca Cola / Pepsi bottle.
- Take the lower portion of the bottle. Dissolve the brown sugar in hot water. Let it cool down to ~70 degF.
- Add the yeast. Carbon dioxide will form (This will attract the mosquitos)
- Cover the bottle with a dark wrap and place the top portion upside down like a funnel. Place it in a corner in your house.
- In 2 weeks you will be surprised by the number of mosquitos killed.


Info :
Kes demam denggi setakat Jan-Mac 2009 di Malaysia - 12,179 kes, kematian pula 33 orang.
Berbanding tahun lepas, pada tempoh yang sama. - 8,121 kes, kematian pula hanya 14 orang. Peningkatan sebanyak 48.7 peratus. Cukup menggerunkan, mungkin selepas ini giliran anda pula? Siapa tahu?
Sumber - utusan


jangan amek gambar terus dari url email… nanti kamu je yang leh nampak gambar tu… orang lain tak nampak apa…
[reply this comment]
admin reply on March 28, 2009:
Thanks dd…
Kalau tak saya pun tak tau.
memang berguna juga info ini bagi yang tak suka dengan racun aerosol atau pun jenis lingkaran macam aku ni … thanks
[reply this comment]
admin reply on March 28, 2009:
Sama-sama, cuba buat la.
erm…sy wat research psal kbrkesanan perangkap nyamuk ne…& wat perbandingan antara perangkap besa & yg ade sugar br0wn..finding nyer
1] x sume nyamuk kt msia ne ska br0wn sugar…br0wn sugar kte guna sb nk attaract nyamuk tu g perangkap kte sb tu sumber pr0tein.tp xkn brksan klu xde cmpur pape s0 add la yis untuk bau & kuarkn karb0n dioxide…
2] tp bnde2 tu mgkin effective kt 0vrseas tp kt msia dr 50 perangkap nyamuk yg sy psang result dier..xla hav0c..
3] s0 c ne nk inf0m k0wg r…ape jnis perangkap p0n leh guna tp make sure u all x let it gr0w up jd nyamuk dewasa pla..hehe33 nt kne bites pla..
4] yg pnting sekali…jaga uma k0wg..pastikan xde bekas2 yg ble takung air…& klu ble cr r pat2 yg berisiko 2 1 smggu sb 7 ari adalh life cycle nyamuk ne dr telur..smpi r jd dwasa s0 be more alerts wif ur envir0nment
[reply this comment]
admin reply on May 29, 2009:
Ya, kesimpulannya mencegah lebih baik daripada mengubati. Ingat ya, kalau nak buang air di tempat pembiakan nyamuk jangan lupa basuh sekali bekas tersebut.
nice and easy way…i’m never notice it before…maybe i’ll try after this…keep on your great info..(,”)/
[reply this comment]
admin reply on January 11, 2010:
You should try.
Anyway saya pun belum pernah mencubanya, sekadar berkongsi di sini…
good post
[reply this comment]