Salam semua.
Aku minta maaf kepada semua pembaca blog ni, kalau korang perasan blog aku ni dah macam hilang serinya. Lebih-lebih lagi sekarang ni aku jarang update, kalau dulu paling tidak pun selang dua hari aku akan post artikel atau cerita baru. Kadang-kadang tu tiap-tiap hari tu aku post artikel baru. Sekarang ni, aku agak sukar untuk berblog macam dulu-dulu…
Sekarang aku agak sibuk dan penat pergi dan balik kerja, mungkin perkara ni untuk sementara waktu sahaja. Siapa tahukan? InsyaAllah… Minat aku untuk menulis masih ada, cuma kekangan masa dan keletihan yang melampau menyebabkan aku terpaksa memperlahankan rentak aku buat masa ni. Untuk pengetahuan korang, aku dah tak bekerja di tempat lama. Aku masih bekerja di bawah Jabatan yang sama, cuma aku sudah ditukarkan ke tempat yang sedikit jauh daripada tempat asal aku(lepas balik Induksi kena transfer). Kalau dulu tempat kerja aku hanya berjarak 10 minit dari rumah, tapi kini dah lain ceritanya. Aku terpaksa menempuhi perjalanan yang jauh sedikit, kira-kira satu jam jaraknya dari rumah aku(Shah Alam).
Itu belum ditambah kesesakan lalulintas yang terpaksa aku tempuh setiap pagi bila pergi kerja, bila ditambah kesesakan lalulintas tu terpaksa tambah lagi 30 minit. Maka, penyelesaiannya terpaksalah aku keluar rumah awal pagi bagi mengelakkan kesesakan tu. Seawal jam 6.15 pagi aku dah keluar rumah, mungkin waktu tu ramai dikalangan korang yang masih nyenyak dibuai mimpi…
Apa pun aku redha, kiranya aku bertuah kerana dihantar dalam negeri yang sama. Ada kawan-kawan aku yang lain dipindahkan ke negeri selain daripada negeri asal mereka. Kesian diorang… Korang ada yang tinggal di area Shah Alam tak? Mana tau korang nak sewa bilik dengan aku? Sekarang ni aku tengah cari bilik untuk disewa, kalau korang ada “lubang” boleh tinggal komen di bawah. InsyaAllah aku akan mempertimbangkan kalau sewanya berpatutan dan berhampiran dengan tempat kerja baru aku.
Okaylah semua, aku nak “berjalan-jalan” ke blog lain. Dah lebih sebulan aku tak meninjau blog kawan-kawan yang lain, nak tau jugak apa cerita terbaru mereka!
Wassalam…


salam sahabat…………..
mi.. alhamdulilah…. lama tak dengar cite… dpat kat shah alam ek…
ada masa leh lepak lunch ker….
aku habis kat shah alam nie dalam bulan 5.. pas tu dah balik banting balik…
cian ko ulang alik.. umah sewa gue memang dah padat dah…. aku cuba tanya, kalau ada kwn2 aku or sape ada umah kosong kat area cini….
aku akan inform ko ek…..
aku pun baru berjinak2…. dlm blog… kira anak ayam la… hehe…. baru belajar…
http://fairuzizwan.blogspot.com/
pape lepak la kat blog kecil aku nie… hehe…….
k, sahabat….
pape ada masa…
give me a call or sms ek……
salam…………..
[reply this comment]
admin reply on March 10, 2009:
Thanks bro, kalau ada sewa bilik bawah rm150 aku on jer… sewa dua orang pun tak kisah la… Setakat ni sewa semua Rm250, baik aku ulang alik Banting je…
jap lagi aku lepak blog “kecil” ko ek. 