Selamat Tinggal Dunia Blogging
Published February 4th, 2009 in InformasiSalam semua.
Saya harap semuanya berada dalam keadaan sihat dan tenang selalu. Anda terkejut dengan tajuk di atas? Mungkin ada yang terkejut, dan mungkin ada yang tidak. Tetapi percayalah, saya akan berhenti berblogging bermula hari ini 4 hb Februari 2009. Mungkin ini adalah hasil penulisan saya yang terakhir yang dapat anda semua tatap.
Setelah lebih setahun saya berblogging, dan sudah merasai jatuh bangunnya membina kepercayaan dan kredibiliti terhadap pembaca dan rakan-rakan blogger lain. Namun jika itu yang ditakdirkan, apa yang saya mampu buat?
Walaubagaimanapun, usahlah bersedih dahulu. Kerana, saya hanya”berhenti” berblog hanya untuk satu jangka masa sahaja.
Bukannya saya ingin berhenti terus daripada alam cyber ini, saya hanya “hilang” sekejap sahaja kerana terpaksa ke luar daerah selama 3 minggu untuk menghadiri kursus di Ulu Langat.
Bagi tempoh 4 hb - 27 hb Februari ini, berkemungkinan blog ini tidak mempunyai entry atau artikel terbaru. Melainkan sekiranya saya berjaya mendapatkan bantuan rakan untuk mengemaskini artikel dan sebagainya di dalam blog ini. Jika tidak, anda semua faham-faham sendirilah.
Namun begitu, saya ada sedikit peringatan kepada semua;
- Diharap anda semua dapat menjaga kesihatan diri serta keluarga, kerana ketika ini penyakit Demam Dengggi dan Chikungunya telah menjadi wabak di negara kita. Semoga anda dapat melakukan langkah-langkah pencegahan supaya wabak ini tidak terus menular.
- Jauhi dadah.
- Hindari rasuah.
- Dermalah kepada tabung-tabung yang diiktiraf oleh kerajaan untuk membantu saudara kita di Palestin khususnya.
Baiklah, itu sahaja. Semoga kita dapat bersua lagi pada 28 hb Februari nanti. Wassalam.


lu buat saspen der je…
gua ingt lu da mrajuk sbb org x undi kt Nesc kickstart…
haha..
[reply this comment]
Bro, kau still lagi boleh buat future post publlish. Tapi kau kene mengarang dari sekarang la. Karang semua post2 yang kau nak post, then publish dengan edit timestamp tu.
Anyway, good luck dengan training.
[reply this comment]
Memang saspen, tajuk tu yang buatkan aku nak klik kat continue reading tuh…apa pun good luck pada saudara
[reply this comment]
la aku baru berhenti selama 1 hari
ko plak nak berhenti berhari2 la ni. aiseyyyyy
[reply this comment]
Ingatkan betul-betul tadi, ayat baik je mukaddimah tu..
[reply this comment]
Slm orang kampungku..
Rasa macam dah lama tak singgah sini sejak takde blog..:)
aku dah kembali dengan blog yang lain,ceeewahh..terkejut aku baca ko punye tajuk tu,huhu..
nasib ko cuma bercuti sementara je..btw, aku nak undi ko tu tapi aku tak reti,hehe..
aku tak sempat baca sebab nak balik dah ni..ok, smoga ko sihat2 je bro..
bila nak balik banting?hehe
[reply this comment]
ha3. tajuk tu kene gempak.ha3
[reply this comment]
aii..makin gemok nampak..
[reply this comment]
huish…
bikin saspen je…
sebelum ko pegi, ko dah tinggalkan samurai jaga blog ko ni ek?
abis cursor aku die potong..muahaha
[reply this comment]
take care..
[reply this comment]
oke bro.. kalo ader hilang sengal, updatelarr blog lagikks..
[reply this comment]
Draco - Biasa la bro, nak kasik panas sikit.
CypherHackz - Yup CypherHackz, mmg boleh tapi aku tak minat nak pakai benda tu. Kalau ble aku nak publish yang fresh je la.
Offshore Drilling Jobs - heheh… tapi ranking alexa aku dah turun la… kena kerja keras balik ni.
KNizam - Bro, tapi ko tak benti menuliskan? Esoknya tangan ko dah gatal untuk menuliskan..kan…kan…?
Jagung - Strategikan?
Acai - Aku dah balik dah ni, dah 3 hari. Tapi hari ni baru sempat on9 la.
j_hafiz -
bantingboy - Sape yang gemok tu? ko ke aa?
spatt - Dah repair “cursor”?
amy - Thanks, nama kita same la.
en_me - Heheh, aku tak tau nak update ape, duk dalam kursus tu macam dalam Akademi Fantasia pula. Sibuk dengan kelas, tak sempat nak ambil tau isu semasa.
[reply this comment]
keh3.. ingatkan buat apa la td
[reply this comment]
Ordinarily, university teachers are willing to check the term paper essays creative writing ability of some their students, nevertheless not all students are able to write correctly just because of a job and other reasons. Hence, a paper writing service can help to compose the good term paper professionally.
[reply this comment]
Lorrr..aku plak slalu poteng sehari…maklum la sibuk jgk..haha..tapi skrg ni cuba2 rajinkan diri..
[reply this comment]