Tahniah Encik Mohd Abdul Wahid Endut
Published January 18th, 2009 in Informasi, Isu semasaSalam semua, keputusan pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu adalah seperti berikut;
Majoriti 2,631 undi
Calon PAS: Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi
Calon BN: Datuk Wan Ahmad Farid mendapat 30,252 undi.
Calon bebas pula mendapat 193 undi.
Pengundi: 79.3% keluar mengundi
Tempat: 36 pusat mengundi, dan 144 saluran
Masa: 8 pagi - 5 petang
Fakta menarik yang mungkin anda “tidak” tahu;
Jika calon BN menang,
- Boleh la menang, ramai pengundi hantu undi calon BN
- Calon BN bagi rasuah
- Kerajaan yang memerintah tidak demokrasi
- SPR tak telus
- Undi POS tak telus
- Pengundi bodoh kerana undi BN
- Pengundi tak nak perubahan
- BN kalah tu sebab bala dariNya.
- bla… bla… bla…
Jika calon Pembangkang menang,
- Pengundi hantu dah undi pembangkang pulak ke?
- Rasuah lebih kot, sebab tu menang?
- Dah demokrasi kot?
- Terima Kasih SPR sebab dah telus… (dah menang 5 negeri baru nak kata telus ke apa?)
- Undi POS telus la pulak?
- Pengundi sekarang dah pandai sikit.
- Pengundi nak perubahan
- Kalau pembangkang kalah itu ujian dariNya…
- bla… bla… bla…
Walau apa pun semuanya adalah kehendak Allah, pasti ada hikmahnya. Mungkin selepas lebih 50 tahun kita mencapai kegemilangan, selepas ini mungkin zaman kejatuhan negara kita pula. Kerana apa saya cakap macam tu, sebab saya tidak yakin ada parti politik lain yang mampu memerintah seperti mana yang dilakukan oleh BN sekarang. Suka hati la kamu semua nak cakap apa pun, ini adalah pandangan aku.
Kalau saya boleh respek pandangan anda, kenapa pula anda tidak boleh respek pandangan sayakan?
Kenapa Pakatan Rakyat tak boleh? Kerana;
PAS (Parti Islam Se-Malaysi) inginkan kerajaan Islam, DAP (Democratic Action Party) inginkan kerajaan “Secular”, PKR (Parti keadilan Rakyat) inginkan kesamarataan. Agak-agaknya, bagaimana PAS-DAP-PKR nak memerintah negara jika matlamat berbeza? Hanya masa yang akan menentukan dengan izin Allah.
Wassalam.


Mungkin Malaysia akan dibahagi kepada tiga bahagian jika PR memerintah. Satu bahagian diberi dekat PAS, satu kat PKR, satu lagi kat DAP.Maka berpecahlah Malaysia menjadi tiga buah negara:
1.Sekular(DAP)
2.Republik(PKR)
3.Negara Islam yg tdk mengikut kehendak syarak(PAS).
Jika anda ingin melihat MALAYSIA yg tercinta ini menjadi sedemikian rupa UNDILAH PR ( PENIPU RAKYAT).
[reply this comment]
admin reply on April 8, 2009:
Sememangnya demokrasi subur di Malaysia…