Mykad Hilang, Berapa Kena Bayar? #1
Published November 24th, 2008 in jabatan pendaftaran negara, jpn, malaysia, InformasiSalam semua.
Aku harap semuanya sihat, dan mendapat rahmat daripada Allah s.w.t.
Tahukah anda, bayaran maksimum untuk kehilangan Mykad adalah RM310.00? Manakala bayaran paling minimum pula adalah RM0.00. Siapa yang dikenakan bayaran sampai RM310.00? Dan siapa pula yang dikecualikan bayaran?
Aku rasa, ramai dikalangan awam di luar sana tak tahu tentang perkara ni. Sebab tu, aku perlu jelaskan kat sini. Tiap-tiap hari ada je orang awam yang mengeluh kerana terpaksa bayar “denda” yang sangat mahal.
Sekali hilang kena bayar Rm110.00, dua kali hilang Rm210.00, dan tiga kali (maksimum) hilang kena bayar sampai Rm310.00. Siapa yang kena marah? Aku yang kerja kat kaunter jugak, sedangkan aku hanya makan gaji dan hanya menerima arahan daripada pihak atasan sahaja.
Aku harap dengan siri penerangan serba ringkas yang bertajuk “Mykad Hilang, Berapa Kena Bayar?” ni dapatlah memberi sedikit penjelasan dan kefahaman orang awam terhadap perkara ni. Jangan ambil sambil lewa bila tiada Mykad ni, silap haribulan boleh duduk “lockup”.
Di bawah ni aku sertakan jadual mereka yang layak dikecualikan daripada dikenakan bayaran kehilangan Mykad;

Sila baca dan fahamkan sama ada korang layak untuk dapat pengecualian, tak perlu nak menipu di kaunter. Kakitangan JPN terlatih untuk mengetahui sama ada anda menipu atau tidak. Jadi berhati-hatilah.
Akan datang, aku akan bagitau pula Golongan yang boleh dipertimbangkan untuk pengurangan bayaran, dan juga Golongan yang tidak boleh dipertimbangkan. Jika rajin, sila layari website JPN di www.jpn.gov.my, di sini pun ada banyak info yang aku nyatakan tadi.


setakat ni, tak ilang lagi. nanti kalau ilang, aku cari ko. haha..
[reply this comment]
admin reply on November 25, 2008:
Takde hal la.
adeih.. aku da ilang sekali dah.. loker kena pecah.. huhu
[reply this comment]
admin reply on November 27, 2008:
Kesian… heheh
melayang duit, tapi cuba report polis dulu pastu tanya JPN tempat boleh dapat diskaun tak?
Kalau masih belajar boleh dapat diskaun.
reezluv reply on December 27, 2009:
kalau masih belajar, bape tu dapat diskaunnya?
admin reply on December 30, 2009:
Biasanya student dapat 50% pengurangan dengan syarat kena kemukakan kad pelajar atau sebarang bukti seperti surat tawaran atau slip peperiksaan.
Aku penah ilang 2 kali tp yg 1st time bkn MyKad. So time tu aku amik chance tukar to MyKad for free. Kena charge RM10 sbb hilang. 2nd time, hilang MyKad and sepatutnya kena bayar RM100 sbb hilang MyKad for 1st time tapi aku kena RM10 kalo tak silap atas dasar belas kasihan. Charge akan bertambah to RM200 for 2nd time hilang and more kalo 3rd time. Another thing, kalo 3rd time hilang u xleh wat report polis and go JPN apply baru je. Maybe kena wat pengakuan mahkamah sebab nak make sure u tak jual MyKad.
[reply this comment]
admin reply on November 28, 2008:
Pelik juga dengan prosedur yang ko cakap ni, maybe ini prosedur beberapa bulan yang lalukan? Sebab prosedur di JPN ni selalu berubah dan updated mengikut situasi semasa.
FYI tgk bawah ni.
1st hilang : rm110
2nd hilang : rm210
3rd dan 4th hilang :rm310 (ini adalah maksimum)
bagi kehilangan yang kelima dan seterusnya korang kene buat cabutan kad pengenalan, dan terpaksa membuat secara manual. Kena isi borang dan sebagainya. Ambil masa beberapa bulan untuk siasatan dijalankan. Lepas siasatan selesai baru boleh buat mykad.
Jadual atas tu aku tunjukkan utk mereka yang DIKECUALIKAN. Nanti aku bagitau siapa yang boleh diberi PENGURANGAN.
dan siapa yang tak perlu langsung untuk DIPERTIMBANGKAN. 
jab jab.. kalu aku nak pegi tukau MyKad walau xrosak xpe? gambar xcun da. da brape lama aku menahan segan gambar kat mykad aku.. boley tak?
[reply this comment]
admin reply on November 28, 2008:
Boleh takde masalah!
Setiap penukaran memang akan dikenakan bayaran proses sebanyak RM10.00.
FYI kalau hilang sekali kena bayar RM110 kan? RM100 adalah kompaun yang dikenakan, RM10 adalah bayaran proses.
mslah sy ialah sy kena ragut n mykad sy hilang skli.so bg sy yg khilangan yg x disengjakan adakah sy dkenakan byaran jgk?sy da buat semua repot pd polis….xkn dknkn byaran smpai beratus2 kot!!kalu blh jgnlah ada kn byaran bg yg nasib mcm sy ni…..perkra ni bkn ye sy suka2…sy harp jgnlah ada byaran..
[reply this comment]
admin reply on January 9, 2009:
Salam Nura, jangan risau. Jika kamu kena ragut tiada bayaran yang akan dikenakan, hanya perlu isi borang, fotostat repot polis tu, kemudian bagi kakitangan di kaunter jabatan pendaftaran.
Mereka akan proses permohonan anda.
Bro kalau mykid hilang macam mana pulak prosedurnya yer.. kene buat report polis & kena bayar jugak ke?
[reply this comment]
admin reply on October 24, 2009:
Mykid hilang tiada sebarang denda, bahkan kalau hilang tiada sebarang masalah… Kerana Mykid hanyalah pemberian kerajaan kepada kanak2 yang baru lahir. Tak perlu nak buat repot polis…
Sekarang ni kalau Mykid hilang dah boleh buat semula, namun perkara ini akan berubah dari semasa ke semasa. So, sementara tengah boleh ni pergilah buat sekarang.
JPN Ibu pejabat, dan Ibu negeri buka setiap hari termasuk sabtu dan ahad. Untuk hari minggu di buka pada 9.00 pagi-2.00 petang.
adeh…tnsion aku tngok comment2 kt ats ney..aku bwu jer ilang mykad tok kali ke3..xmmpu da aku nk byar denda kali ney..kali ney aku ngaku la mmg clap aku coz cuai..but yg lpas2 2 bkn slah aku..first,aku kna ragut..second tyme aku jd mngse pnyeluk saku..da wat report polis tp still kena byar…kali ney pon nk kne byar gak ke…adoi ai..xde care lain ke yg bole tlg aku..?? aku da la student g..mane de wit…
[reply this comment]
admin reply on March 11, 2010:
Kalau masih belajar boleh dapat pengurangan separuh, hanya perlu bawa pas pelajar atau surat tawaran. Fotostat sekali .:)
alamak kad pengenalan aku dah hilang lah.
hang boleh tolong tak.aku ni OKU.nak
buat macam mana.
[reply this comment]
admin reply on March 28, 2010:
Safar, kalau hang OKU bayaran dikecualikan… Begitu juga dengan warga emas berusia 60 tahun ke atas.
Apa yang perlu di lakukan adalah, hang bawa kad OKU daripada JKM. Dan isi borang di JPN.
masalah sekarang ni.kad OKU masih tak siap lagi.
dengar kata sebulan.nak ke kelas lagi.nanti pensyarah
tulis tidak hadir.
Tuan Panjangakal boleh tolong tak.siapkan mykad saya.
dalam masa seminggu macam tu.
[reply this comment]
admin reply on March 31, 2010:
Hari minggu pun boleh datang ke JPN Ibu Negeri terdekat, dari jam 9 pg - 2 ptg. Bawa surat pengesahan daripada JKM pun cukup.
Mykad siap lepas 10 hari. Semoga dapat membantu…
Boleh dapatkan lebih maklumat di portal JPN http://www.jpn.gov.my
En. Admin,
Kawan saya baru pertama kali hilang IC, so…kena bayar RM100 dan yuran pemprosesan 10 ke ?
[reply this comment]
admin reply on April 12, 2010:
Sila refer sini http://www.jpn.gov.my/en/identitycard semoga membantu.
alamak….saya lupa nak inform….kawan saya tu berumur 28 tahun, tapi dia tak pernah tukar IC semenjak berumur 12 tahun. Pastu….hilang plak IC nya….agak2 berapa ringgit yg dia kena bayar ?
[reply this comment]
admin reply on April 12, 2010:
Salam, rm110 tu confirm kena bayar kalau hilang sebab tercicir kali pertama. Umur 18 tahun wajib tukar, kalau dan umur 28 masih tak tukar kena denda. Saya nasihatkan standby dalam rm250…
Sebarang yang tak faham sila rujuk portal JPN http://www.jpn.gov.my
Salam….
Nak tanya…
Kalau kali pertama hilang disebabkan ragut..kali kedua hilang kerana tercicir..kena bayar kompaun hilang kali kedua (Rm200) jugak ke?
[reply this comment]
admin reply on May 31, 2010:
Sepatutnya begitu…
slm…
klu kad pljr hlg skli..ps2 srt twrn kt umh..yg de skng slip kptsn peperiksaan yg latest..bley ke gne tu je tuk jd bkti sy ni stdnt????
[reply this comment]
admin reply on July 30, 2010:
InsyaAllah boleh.
mykad sy hilang
entah mane sy letak.. sy mmg jenis yg cuai.. duh! sy keluarkan dr dompet coz nak kuar dekat je.. so sy x nak bawak dompet lepas tu sy da tak ingat dah mane sy letak…. sy mmg selalu hilang barang… sekarang ni bukan tu jd masaalah… kalau x silap sy, sy dah hilang kan mykad 3x…. macam mane ekkkkkk…… pening… sy tkt x leh balik raye coz skang dok kl n balik raye kat swk… mcm mane ni… berape lame blh sy dptkan mykad lg ekkkk….
[reply this comment]
irda reply on August 3, 2010:
menangis, kecewa dgn sikap cuai sendiri…. sakit hati…..
admin reply on August 3, 2010:
Sebelum berputus asa, silalah pergi bertanya dahulu di cawangan JPN berdekatan saudara/i…
salam..gambar mykad sy dh pudar dan sy bercadang nak tukar.mykad boleh siap brape lama?sbb sblum raya mykad sy kne ad untuk urusan penerbangan dsb.raya dlam 1bulan lebih g.
[reply this comment]
admin reply on August 4, 2010:
Sila rujuk website JPN. Jika membuat permohonan di cawangan biasanya ambil masa 10 hari bekerja, tapi perlu buat semakan sebelum mengambilnya. Jika ambil di Putrajaya pula ambil masa 24 jam, dan di JPN Melaka hanya ambil masa 2 jam.
ermmm…saya bdk student..n mykad saya kena curi untk pertama kali…
jika sya buat laporn polis dan mnunjukkn id kad student saya….dlm baper anggaran
yg saya perlu byr???
[reply this comment]
admin reply on August 7, 2010:
Salam, kalau ada student kad insyaAllah dapat kurang 50%. 1x rm60
sabtu and ahad opis buka x?
[reply this comment]
admin reply on August 8, 2010:
Buka, bagi Ibu Negeri dan Ibu Pejabat sahaja.
salam..en admin..
sy dah kehilangan mykad utk kali ke2..
suppose to be byrn kene rm210..
tp, sy still student..menurut en admin, 50% diskaun student leh dpt..
kalau sy pergi ke JPN and dorang ckp still kne byr full juga mcm mna.?
diskaun 50% mmg standardize ke utk semua cwgn.?
[reply this comment]
salam en admin..
sy da khlgn mykad utk kali ke2..
dan untuk renew kli kedua klo diikutkn sy dikenakan rm210.00
tp, sbg student mnurut en admin dpt diskaun 50%..
adakah diskaun ni mmg di standardize di semua cwgn atau hnya mengikut budi bicara pihak JPN yg bertugas.?
[reply this comment]
admin reply on September 23, 2010:
Salam, bayaran denda hilang kali kedua adalah RM210(RM10.00 bayaran permohonan bayaran kompaun RM200). Namun jika masih belajar di IPT boleh dapat pengurangan, jika sudah hilang dua kali maka kenalah bayar RM110.
Segala info berkaitan sila rujuk di sini, http://www.jpn.gov.my/kad-pengenalan … Maklumat lanjut, dapatkan di JPN terdekat.
Permohonan di mana-mana JPN pun sama, syarat untukdapat pengurangan kena bawa Kad Pelajar atau surat pengesahan dari Pengetua sekolah / Pendaftar institusi pengajian tinggi - bagi pelajar dari mana-mana sekolah, kolej atau institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.
Sebaik-baiknya laporkan kepada pihak Polis, takut Mykad disalah gunakan…
salam,
kalo umur 16 taon pastu IC first time hilang coz tercicir kene byr 110 jgak ke?
* dah report polis
[reply this comment]
admin reply on December 2, 2010:
Tercicir, umur bawah 18 tahun denda RM11…
salam,
kalau saya nak tukar alamat dalam ic..biasanya mykad tu akan siap brp lama?
[reply this comment]
admin reply on December 2, 2010:
Salam, kebiasaannya siap dari 10 hari ke 30 hari bekerja jika tiada sebarang masalah cap jari.
hye admin .. jika ic tercicir dan sy masih belajar lagi . umur 17 thun .. brape lama akan diambil untuk membuat ic ? sbb pada 15 disember , sy perlu ke luar negeri .. jika buat ic kat putrajaya , brape lme masa yang akn diambil ? dan boleh ke kita guna slip yang kte report tu utk kuarkan duit dr bank memandangkan sy menggunakan buku bank utk keluarkn duit ..
[reply this comment]
admin reply on December 5, 2010:
Salam, umur bawah 18 tahun denda RM11. Kutipan di Putrajaya adalah 24 jam waktu bekerja, pihak JPN boleh beri IC sementara. Tapi, bergantung juga kepada prosedur bank sama ada mereka boleh menerima IC sementara tersebut.
kal0 mykad ilang,wjb ke wat repot polis??n jugak,kal0 dh wt rep0rt 2,byrn akn dprtmbgkn kew??
[reply this comment]
admin reply on December 6, 2010:
Salam, report tu adalah untuk melindungi diri kita jika IC kita disalah gunakan oleh orang lain. Jika akibat tercicir, memang tak dapat pengecualian. Tetapi boleh merayu minta pengurangan, itu semua atas budibicara penyelia… Dan tak semestinya boleh dapat pengurangan jika kehilangan atas kecuaian sendiri. Macam kena saman dengan JPJ, boleh dapat diskaun ke? Tak bolehkan?
Salam En. Admin..
Saye hilang IC (tercicir) utk first time pade tahun nie…
umur saye 16 tahun, brapekah byran yg dikenakan?
saye masih belajar
[reply this comment]
admin reply on December 21, 2010:
Salam, umur bawah 18 tahun bayar rm11… Permohonan rm10, denda rm1 sahaja.
salam, saya baru hilang mykad saya. tah mana saya letak. and saya dalam golongan OKU. boleh dapat pengecualian ke? and sayan pelajar
[reply this comment]
admin reply on January 2, 2011:
Salam, bagi golongan OKU yang mempunyai kad daripada JKM adalah dikecualikan bayaran. Bagi pelajar pula, boleh dapat pengurangan separuh daripada jumlah denda.
Hello~ I just wanted to ask, my purse was stolen and yet this is my 2nd time losing it (1st time, I lost it. 2nd time, it was stolen). So do I have to pay RM210 for the compensation as well? And oh, I’m a student as well but my student card is in my purse as well! I just bring my “surat tawaran” only can?
Another problem is, I’m leaving to Shah Alam from Kota Kinabalu in 4 days. How can I fly without my IC?? Will JPN give me a temporary IC? Should I make IC in Kota Kinabalu or Shah Alam? Since, I’m gonna be long in Shah Alam. (Studying in UiTM).
Hopefully you will reply me ASAP.
[reply this comment]
admin reply on January 2, 2011:
Hi Sherer, the first thing you should do is replace your IC. If your purse was stolen as you mention, you should make a police report first(state clearly in report).
Then come to any JPN branch to apply your IC, you do not need pay anything because your IC was stolen(show the police report to JPN officer).
Last but not least, you also can collect your IC in Shah Alam.
p/s : Is this you? http://www.facebook.com/sherermacalister
I’m “Wong So Geh”.
Salam, nak tanya kalau hendak re-new ic, boleh saya buat di negeri lain tak? Saya tinggal di KL tetapi sekarang stay kak Selangor.
[reply this comment]
admin reply on January 4, 2011:
Salam, IC boleh ditukar di mana-mana cawangan. Kutipan juga boleh diambil di mana-mana cawangan JPN.
Oh that was you! LOL! I don’t accept random unknown people on Facebook. But since now I know that’s you, I’ll approve that friend request. :))
My problem has solved now. I’ve asked them to send my IC to JPN Shah Alam so that I could collect them there. Thanks!
[reply this comment]
salam..saya nak tanye…mykad saya telah hilang buat kali kedua…tapi semasa hilang pada kali pertama, rasanya sistem denda belum dilaksanakan pada awal tahun 2006..adakah saya akan dikenakan denda rm200 untuk kehilangan ini walaupon kehilangan yang pertama ketika itu belum dikenakan denda..??JPN ade rekod ker..??
dan soalan kedua, sistem denda ini adalah akta wajib dikenakan atau mengikut budi bicara pegawai di JPN..??
[reply this comment]
admin reply on January 24, 2011:
Salam, JPN ada kesemua rekod tu. Apa yang saya boleh kata, denda tetap kena bayar jika hilang sebab kecuaian sendiri.
Pengecualian hanya untuk OKU, warga emas, bencana alam, dan kes kecurian…
assalamualaikum,
saya umur 16 tahun.saya pernah hilang sekali mykad tahun lepas.
tapi saya buat baru kene bayar RM10.
sekarang mykad saye hilang buat kali kedua.
berapa saya kena bayar? untuk buat kali kedua sebab hilang?
[reply this comment]
kalau hendak tuka gambar macam mana?
sebab dulu saya gemuk sangat.sekarang saya sudah kurus.
umur saya 17 tahun.
kena tunggu 18 ke?
[reply this comment]
admin reply on February 16, 2011:
Bila-bila masa boleh tukar, tapi umur 18 tahun sebelum 25 wajib tukar lagi.
kalau umur bawah tahun dah 3 kali hilang, kene bayar RM310.00 jugak ke?
[reply this comment]
admin reply on February 16, 2011:
Selagi umur belum genap 18 tahun boleh dapat pengurangan…
hi, i have the same problem with sherer too! but my ic is not lost, just the chip problem. i’m planning to get a new one by tmr but i’ll be leaving kk next saturday, can i request them to send my ic to shah alam’s jpn too? how much do they charge for that? i want to know if i could fly w/o my ic too?
also, i want to ask about changing my race and religion in my ic. my friend told me we can now choose to follow either mom or dad’s side for race and religion. is it possible? would appreciate if you could help me with my questions.. thanks
[reply this comment]
admin reply on February 16, 2011:
Hi, for replacing ic you need to pay rm10. Just ask JPN officer where you want to pick up your ic.
About to changing your race and religion, please ask JPN officer. Don’t forget to bring birth certificate together…
i already went to replace my ic this morning, thank you so much for your reply!
[reply this comment]
admin reply on February 18, 2011:
You are welcome.
saya nak tanya…diskaun utk student tu ada had umur x? saya dh umur 31 tahun tapi saya merupakan student master UPM. adakah saya akan dapat diskaun student tu jika saya kemukakan student card n surat pengesahan status pelajar?
[reply this comment]
admin reply on February 24, 2011:
InsyaAllah dapat pengurangan…
Hi,
Saya pernah hilang kad pengenalan pertama n dah buat kad pengenalan kedua, tak berapa lama kemudian saya jumpa balik kad pengenalan pertama. sekarang kad pengenalan kedua pula hilang. Jadi saya guna balik ked pengenalan pertama. Tapi memandangkan saya kena tukar kad pengenalan sebelum 25, saya kena bayar ke untuk kad pengenalan yang kedua yang hilang tu? terima kasih
[reply this comment]
salam..nak tanya kaalu mahu tukar sebab umur lebih 18 tahun kena bawa sijil kelahiran juga ke?
[reply this comment]
salam,3 april 2011 saya telah kehilangan kad pengenalan,bukan saja ic hilang malah passport pun hilang sama.saya letak dlm beg di dlm keta.saya rasa ini bukan kali pertama saya hilang,saya lupa sudah.bila balik dari tandas,saya sedar yang barang2 saya hilang di teluk likas di kota kinabalu.saya bawa passport semua jalan sbb dlm minggu ni mmg merancang mahu balik sarawak..sekiranya bayaran di kenakan,alamatnya terpaksa lah saya tangguh dulu buat ic tu atas sbb masalah kewangan..buat passport lagi..aduhh mcm mana ni ya.
[reply this comment]
assalamualaikum,saya nak tanya kalau hilang ic utk bwah 18 tahun tu,18 tahun dan kebwah ke,atau bwah 18 tahun?maknanya kalau umur 18 tahun dah kena denda yg baru tu lah ye?yg 100.200.dan 300???
[reply this comment]
admin reply on May 6, 2011:
Umur genap 18 tahun ke atas kena bayar denda penuh…
Saya kehilangan Mykad kali pertama, kemudiannya sudah memohon untuk kehilangan Mykad. Balik saja dari memohon Mykad yang baru saya jumpa balik Mykad yang pertama. Bolehkah saya minta balik bayaran denda dan membatalkan permohonan Mykad yang hilang?
[reply this comment]
admin reply on May 6, 2011:
Salam, pemulangan wang boleh dilakukan sekiranya dilakukan pada hari yang sama…
Mykad yang dijumpai kena pulangkan ke JPN.
Salam,
Saya baru tercicir mykad baru. Kemudian terjumpa balik mykad lama yang hilang. Bolehkah saya ‘reactivate’ semula cip pada kad lama saya ini apabila saya melaporkan hal ini pada JPN tanpa perlu menggantikannya dengan kad baru?
Adakah saya akan turut dikenakan denda dan berapakah jumlahnya jika perlu?
Terima kasih
[reply this comment]
hye,
beg duit saya telah dicuri orang (pick pocket), and now saya sudah kehilangan i/c. adakah saya perlu membayar denda? and kalau yes, berapa yang perlu saya bayar? plus, saya masih student lagi.;(
[reply this comment]
bulan lepas 10.10.11 ic saya hilang . buat report polis then pergi ke JPN . kene bayar RM10 je first time hilang . sbb saya masih belajar . kalau 2nd hilang kene denda berapa pula?
[reply this comment]
Saya nak tanya..adakah pengecualian untuk pelajar mengikut umur..saya kehilangan kali ke3..mengikut jadual saya perlu membayar rm 310..tetapi ketika sye meminta pengurangan dengan alasan saya pelajar staf yg bertugas kte sye dah lebih 18..so die kte die krgkan ke 210 jer..betul ker?anyway,sye dah bayar dah pun.just nk minta penjelasan
[reply this comment]
Kalau Tak Buat Repot Tak Boleyy ??
[reply this comment]
saya kehilangan kd pengenalan baru ni saya entah berapa kali saya hilang,saya ada buat laporan polis.bolehkah saya buat rayuan untuk pengurangan denda saya tak bekerja,dapat duit pun kais pagi makan petang ,keja sendiri,saya harap rayuan dari saya diterima oleh pihak jpn,saya mohon pertimbangan dari pihak jpn dapat kira kiranya menerima rayuan saya,
[reply this comment]
salam,
Sy nak info dr saudara..sekiranya sy nak menukar i.c sy yg rosak ni brapa bayaran yg dikenakan.?lagi satu betul ke jpn shah alam bleh siapkan i.c baru dlm 1 hari…sekian.
[reply this comment]
salam.. mcmana kalo ic saya hilang utk kali kedua, dan sya masih blajar, brapa yg perlu sya bayar?
[reply this comment]