[Blog Ini Ditaja Oleh]


Video Sajak Kematian

Salam semua.

Dah tengok video ni sampai habis? Apa yang korang rasa? Insaf, sedih, terharu, marah, atau rasa oren?

Bagi aku la, memang boleh insaf bila tengok video macam ni. Tetapi, patut ke untuk tunjuk pada budak-budak bawah umur 12?

Tak patut ke? Kalau dari dulu video ni dah ada waktu aku sekolah rendah, mesti perangai aku tak macam sekarang, keras kepala, keras hati, pemalas, dan macam2 lagi la yang buruk… Bagus apa tunjuk pada budak2, kalau tak dah besar jadi setan. Kurang ajar, mat rempit, isap dadah, menyusahkan mak bapak. Bagi tunjuk je video macam ni, nanti semuanya jadi budak baik. :)

Ada sape-sape yang setuju? Sila respon di bawah, SETUJU atau TIDAK video ini ditayangkan pada kanak-kanak bawah umur 12? Kalau seseorang itu beriman, video ni tak jadi isu sebenarnya.

Bagi aku, jika tak nak budak2 tu terpesong akidah dan sebagainya. Bagilah didikan Agama secukupnya. Bukannya nak haramkan itu ini, habis tu cerita hantu kat TV nape tak diharamkan aje? BAKA!

Dengan cerita SUSUK, Kekasihku Seru, dan yang paling baru ni Puaka Niang Rapik. Aku rasa cerita-cerita macam tu yang boleh buat budak-budak ni terpesong akidahnya… Agaknya la… Siaran waktu perdana pula tu, berjuta-juta orang lagi yang tengok…

Emm… Ape-ape Aje la…

Komen-komen menarik yang aku cedok dari Youtube:

Video ni mmg sesuai utk bebudak skolah rendah sbb kita kena didik dorg dr kecik bkn nk tggu dorg dh besar baru nk didik.. dorg takut tgk video ni nk bt apa.. tyme mati nnti lebih teruk lg x nk takut.. tgk video ni dh takut.. nk takut ape ntah.. w/pun video nih bkn keadaan yg sbnr dlm kubor nnti tp ia boleh mnjadi pengajaran utk kita semua ttg dahsyatnya seksaan kubor..~salam~

pada saya video nie tak lah keterlaluan sangat.tapi kalau boleh jangan lah di tunjukkan pada budak sekolah rendah. tunjukkan pada yang sekolah menengah. biar terbuka sikit minda dia org tu.jgn ingat mati tu dah tak ada apa lagi.saya sendiri tersentuh dengan video nie.tersedar tentang amal saya untuk bekalan di akhirat.macam mana dengan tuan dan puan yang lain?cukup ke bekalan anda?sama2 fikirkan…

sy dh tengok video ni dkt kem skolah
pelajar2 sumenye insaf kejap je..
sebab tu la kena terapkan sjak kecil lagi..

bla dh besar nnti payah nk masuk otak
sbb dh terpengaruh dgn budaya lain yg brtentangan dgn islam

aku pn sokong video ni di tayangkan.lagi aku sokong kalau tayang kat suma tv.biar yg tengok tu sedar sikit.kalau masa kecik tak mau nak didik camne nak didik masa dah besar.otak pun dah beku masa tu…melentur buluh biarlah dari rebungnya…kalau boleh budak2 tadika pun patut tengok gak…kalau konsert,nyanyi,menari mak bapak leh bagi kenapa dalam hal agama ni takleh nak bagi.nak kata mak bapak tu bodoh belajar sampai phd.tapi otak tak reti nak pakai…

zaman sekarang nie zaman moden.budak kecikpun dah tau apa itu “xx”..jadi kalau tak diberi pendedahan dari awal payahla..amik 1 contoh ckup..kalau konsert jom heboh tu ko tengok brapa ramai yang datang..cube ceramah agama..( jgn kaitkan politik) boleh kira beb..pada aku video ini patut ditayangkan dan seiring dengan bimbingan dari ibu bapa..yakinkan anak2 supaya takut dengan Allah..

p/s: Zaman sekarang manusia banyak cintakan dunia..fikirlah..

bagus la video ni..mengingatkan hari kematian. penerbit ni just imagine di ahri akhirat nti…bagus pada murid2 skolah rendah pun.skrang ade darjah 6 pun reti wat sex dah.ape crite?zaman dah berubah bukan macam dulu.pendedahan ni sangat bagus.

Wassalam.


13 Responses to “Video Sajak Kematian”

  1. 1 Richie

    cuak giler weh..

    [reply this comment]

    admin reply on November 14, 2008:

    Bagus la kalau cuak. :) maknanya beriman lagi tu..

  2. 2 izzat

    ak rasa x sesuai since they are still too young to accept such things. byk lagi cara lagi efektif dari cara tunjuk video tu smp beri kesan psikologi kepada budak2 tu. Dalam Islam sendiri pun kata didik dengan pegangan agama, solat dsb. Rotan kalo sebagai pengajaran jika ingkar. Semua ni akan berbalik kepada institusi kekeluargaan balik. sO, fikir2kan lah.. Jangan kita sempitkan pandangan.

    p/s:patut video ni kasi tunjuk kat dewan rakyat ke, parlimen ke..kasi sedar sket yang kat atas tu..ingat2 sket.. :P

    [reply this comment]

    admin reply on November 14, 2008:

    Yang last skali tu aku stuju… :) heheh

    affuan reply on November 15, 2008:

    aku tetap kata video ini sesuai untuk minor, mengambil kira kebobrokan minda terjajah anak2 muda skang ni. tom tom bak la. jom heboh la. sehati berdansa la. apa lagi? sila tambah.. hehe.

    aku x sempitkan pandangan. aku sedar aku orang kampung. cuma, hiburan melebihi keperluan adalah dilarang kerana ia akan mematikan akal, langsung tidak memanjangkan akal seseorang. haha.

  3. 3 zariel

    huhu.. tak berani aku nk tgk lagi… nnt2 la.. hehe

    ps: tuker link ye… aku dh letak ko punya ;)

    [reply this comment]

    admin reply on November 15, 2008:

    Okay done. :)

  4. 4 dakli

    Aku nak tau le apa perubahan anak kepada pasangan suami isteri yang keluaukan cerita ni kat tv3..sebab dia tak beritau detail apa perubahan..
    pada aku yang baik patut diikut yang buruk tinggalkan..
    cerita Rempit kat tv masa raya tu lagi masyuk.. mak aku pun tak berkenan.. aku pun malu tengok…
    jadi apa nak kata… kita tunggulah..

    [reply this comment]

    admin reply on November 16, 2008:

    Ulama2 dari Majlis Ulama ada buat ulasan tak tentang isu ni? Yang aku tau Mufti Perlis je yang bersuara, yang lain2 senyap je…

  5. 5 SyedHafidz

    Secara peribadi saya setuju ditayangkan pada budak2 ni..
    walaupun ada cara approach yang lebih “lembut”, tapi sejauh mana keberkesanannya?
    dengan keadaan zaman sekarang ni budak2 disogokkan dengan hiburan yang melampau2, sampai tak ingat dunia..nape takde yang menegur?

    [reply this comment]

    admin reply on November 17, 2008:

    Aku dah serabut tengok negara kita ni… Aku perhatikan, bila ada sesuatu perkara yang mungkar sukar utk tengok orang tegur, selain tu bila ada orang berani menegur pasti kena “pancung” dengan mana2 pihak. Biasanya orang yang berkepentingan la yang suka “mencantas” ni… last2 dah takde orang berani menegur…

    betul x rakan2? :(

  6. 6 samdaddycool

    Wajib mengingati mati

    [reply this comment]

    admin reply on November 19, 2008:

    Hari2 aku ingat mati… teringat dosa-dosa aku. Sedangkan nabi Muhammad yang ululazmi tu pun berdoa 70 kali sehari mohon keampunan dari Allah.

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin