Kenapa Lagu Dari Negara Indonesia Berhantu?
Published October 5th, 2008 in samsons, lagu baru, hujan, Funny, indonesiaSalam semua…
Masih beraya lagi ke? Nampaknya masih ramai masyarakat kita yang lebih suka melayari internet walaupun musim raya setahun sekali… Kenapa ye?
Termasuk aku la jugak, aku rasa banyak lagi rumah-rumah sedare, jiran-jiran, dan kawan-kawan yang masih kita belum pergi… tapi suke hati korang la nak pergi ke tak.
Baiklah, hari ni aku nak lontarkan sesuatu pada anda, anda, dan anda… Kenapa lagu band-band dari Indonesia ni sangat berhantu? Kenapa ye? Asalkan ada saje lagu-lagu baru dari band-band Indonesia masuk ke negara kesayangan kita ni pasti mudah untuk diterima masyarakat negara kita? termasuk aku la tu…
kenapa ye? Adakah kerana orang Indon lebih banyak makan tempe daripada kita? Aku rasa tak jugak, sebab aku pun suka makan tempe…
Kalau nak diikutkan ramai apa lagu-lagu Made In Malaysia yang best… Seperti Hujan, 6ixth sense, Bittersweet, Meet Uncle Hussein, dan ramai lagi la… Korang sila sebut sendiri.
Anyway aku dah buat beberapa research, dan aku sudah dapat tau apakah kunci sebenar yang menyebabkan lagu-lagu mereka ni cukup berhantu… Aku telah melakukan research hampir sejam.
dengan menggunakan uncle Google. Dan inilah apa yang aku dapat, lagu Samsons yang berhantu.
Korang akan dapat tahu, “diakhirnya” nanti…
Salam sukses semua.
p/s: Kalau komputer or laptop korang takde speaker, takde maknenya korang nak dengar lagu ni… Lagi satu sila dengar rangkap lirik lagu mereka dengan perlahan dan berhati-hati, kalau boleh sila hayati dan hafal liriknya ok?
Sila ke sini lagu paling best…


mmg berhantu dowh. haha
[reply this comment]
cis….aku sikit lagi nak kena sakit jantung….kalau tak pasal guna earphone ni mmg tak terkejut nyer. ni guna headphone perghhh mau mengancam kengeriannya
[reply this comment]
hahah
[reply this comment]
Yang membuatkan Lagu-lagu dari indon best adakah gabungan lirik yang menambat hati dan sususan muzik teratur..sebab tu lagu2 dr saner best…
[reply this comment]
admin reply on October 15, 2008:
Pemuzik kita wat lagu tak teratur ke?
Anyway apa nak dikata lagi, dunia sudah mengakui bahawa orang indonesia mempunyai vokal dan bakat muzik yang sangat baik!
Hai saya orang Jawa asli.
Bagi saya kata-kata Melayu Malaysia sangat unique & seronok kerana menjaga dengan aman kata-kata lama. Macam:
“berkajang” dan “sebati” dalam Zapin Beradat oleh Noraniza Idris.
“pertelingkahan” dalam Janjiku oleh Sofaz.
“bertungkus-lumus” dalam Profesor Klon.
Org Jawa tak akan tahu apa erti/maqshud daripada kata-kata itu meskipun tercantum dalam Qomus Besar Bahasa Indonesia. Itulah kenapa org Indonesia (kecuali mungkin Melayu Sumatra & Kalimantan) menganggap Melayu Malaysia itu KUNO. Tapi justru bagi saya, kata-kata itu sungguh berkesan meski tak tahu ertinya.
[reply this comment]
admin reply on October 23, 2008:
Terima kasih atas pujian kamu…
agak sukar untuk saya mendengar pujian daripada masyarakat Indonesia terhadap bangsa Melayu/Jawa Malaysia.
Saya tidak pasti kenapa, apa yang saya tau ramai rakyat Indonesia membenci bangsa Melayu/Jawa Malaysia. Maaf jika saya salah.
Nota kaki : Saya juga Jawa asli, generasi ke 4.
bahasa melambangkan bangsa… haha..tp yg aku tau, dlm bahasa pure melayu, byk perkataan2 sastera yg masyuk… sbb ko pun blajar kn masa form 6, bahasa melayu byk convert bahasa sanskrit, arab, dll…
[reply this comment]
admin reply on October 24, 2008:
Actually perkataan bahasa Melayu lama tak banyak, kita banyak meminjam dari bahasa-bahasa asing seperti Portugis, Cina, Sanskrit, Arab dan lain2.
Perkara ni aktif berlaku ketika Melaka menjadi laluan utama pedagang dari timur dan barat.
Namun selepas itu, pengaruh bahasa melayu banyak datangnya dari bhasa Inggeris… Sedangkan bahasa inggeris itu sendiri banyak menceduk bahasa-bahasa dari Greek, Latin, Arab dan sebagainya…
Memanglah… dulu kita belajar sejarah, aku ingat lagi ungkapan dari cikgu aku. Cikgu Ghazali.
ex-SMK Banting.
Bahawa, bahasa yang maju adalah bahasa yang dapat menyerap bahasa-bahasa lain…
Sesungguhnya, bahasa melayu itu indah dan masih kekal indah hingga sekarang.
fuh!!..agak menyeramkn..haha..sket jantung dibuat nyer (>_
[reply this comment]
admin reply on December 25, 2008:
^^V jangan marah aa?
xmara un
[reply this comment]
Hi Semua,
Saya orang indonesia asli saat ini saya bekerja sebagai consultant system di Malaysia dah lama lah lebih kurang dalam 3 tahun. Saya rasa bukan masalah best or x best lah…sebab saya perhatikan Kerajaan kat sini x sepenuhnya sokong kemajuan dunia hiburan. Ada batasan-2 (yang menurut saya bagus dari sisi morality) yang menyebabkan kurang berkembangnya bakat-2 cem Amy search atau..ini yang paling saya suka…P.Ramlee.
selain tu kondisi kehidupan di Indonesia yang keras…cem…kalo u x pintar u mati…u x creative/inovatif u mati…u x struggle u mati so jadi lah music-2 yang muncul tu pastiah yang best…
satu lagi..mungkin kalo kita tengok movie…movie malaysia..pelakon-2 sering menggunakan bahasa-2 mat saleh…dan kebetulan saya tinggal di perlis…ramai orang kampung yang malas tengok disebabkan x sesuai dengan gaya kehidupan mereka.
Kalo tengok daripada sisi ayat-2 dalam lagu…bila kita tengok..dalam lagu-2 indonesia banyak ayat-2 yang penuh kiasan not straight to the point.
Tetapi dibalik semua itu saya mendapatkan hikmah yang mungkin saya boleh share…
Betapa beruntungnya kita masih dapat mendengarkan lagu dalam bahasa melayu/indonesia daripada kita hanya boleh dengar lagu-2 mandarin..
salam
Hants
note
Saya suka Spider…Bila Nak Saksi
[reply this comment]
admin reply on April 11, 2009:
Ya, budaya negara kita berbeza. Itulah kenyataan yang harus kita terima.
mcm nak mti aq tgk
[reply this comment]
admin reply on August 26, 2009:
Maaf ye…
terkejut ber0k aq…!! adik aq kt sebelah daa melalak da..
[reply this comment]
admin reply on December 16, 2009:
Ala ciannya, sori ek.
This website has very valuable info on it. I hope other websites spend sometimes to improve themselves just like this one. I must recommend it for my friends and try to make my website as good as this one.
[reply this comment]
gue rank indonesia,, sebenarnya tinggal kitanya ja menilai sebuah karya seni. knp selalu mencari sesuatu yg jeleknya,, knp kita ga melihat sisi positifnya
[reply this comment]