[Blog Ini Ditaja Oleh]


Ayat Kursi Dan Fadhilatnya

Salam semua, selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa.

Mari kita hayati ayat kursi ini beserta dengan maksud dan fadhilatnya. Jika diamalkan insyaAllah hidup kita akan terpelihara selalu…

Fadhilat Ayat Kursi:

  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya
  • Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang  yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh
  • Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya  yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana  alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau  membuka sesuatu yang di tutup dengan meyebut nama Allah
  • Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga
  • Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya
  • Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari
  • Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid
  • Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya

Ingatan ini adalah untuk diri aku juga, sesungguhnya aku ni bukanlah sempurna, hanya ingin mengingatkan sesama kita. Sesungguhnya yang buruk itu datangnya dari aku, dan yang baik-baik itu datangnya dari Allah s.w.t.

sumber : youtube, forum cari


4 Responses to “Ayat Kursi Dan Fadhilatnya”

  1. 1 dr.oracle

    alhamdulillah, aku dok blog hopping pagi2 nie dapat gak breakfast rohani camnie.. Huhu, thanks for sharing..

    [reply this comment]

    admin reply on September 7, 2008:

    sama-sama dr oracle… :) ko ada tanya cane nak letak banner kat semua pagekan? macam mane? nak tau tak? senang je la.

  2. 2 azmiyusoff

    Dari pengamalanku membaca ayat kursi 7x pagi dan 7 x ptg sudah menjadi amalan harian .Banyak pengalaman menakutkan telah dijauhi Allah dariku .Di antara contoh perlindungan allah padaku ialah pokok tumbang betul2 dihadapanku .Aku sempat memberhentikan kereta …kalau tidak remuk keretaku dan aku sdh tentu sdh jd arwah. Kedua , apabila aku sampai di R&R hutan Kampung pukul 4 pagi , isteriku terlihat sebuah kereta buruk yang dinaiki oleh sekumpulan pemuda berambut panjang .Isteriku mengejutkan aku kerana aku keletihan dan tertidur.Bila aku terbangun aku lihat beberapa org pemuda datang meluru ke arah kami.Nampaknya ada niat buruk.Aku pun mula nak hidupkan kereta tetapi bila dia nampak aku dia dan rakan terus berlari ke kereta dan memecut selaju2lajunya. Aku naik heran mengapa? Satu lagi ialah peristiwa aku bersama sahabatku berjalan di atas jalanraya yang gelap semasa kami melawat Taman Negara Pahang. Garisan putih menjadi panduan. Keadaan gelap gelita.Tiba2 ada sebuah motosikal berhenti dan mengarahkan kami supaya berhenti katanya ada ular.Ular agak besar. Cuba bayangkan sekiranya ditakdirkan tidak ada motosikal yg melalui sdh tentu malapetaka akan berlaku…..Aku bersyukur kpd Allah di atas perlindungannya.Inshaalah akau akan jadikan Ayat kursi ni sebagai amalan dlm hidupku.Bnk lagi perkara2 yg bnyk melindungi aku dari sebarang musibbah.

    [reply this comment]

  3. 3 sham

    Sesungguhnya ALLAH itu Maha Kuasa dan Maha Mengasihi

    [reply this comment]

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin