[Blog Ini Ditaja Oleh]


Salam semua, hari Isnin ni macam biasalah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Jika yang dah berkeluarga dan mempunyai anak tu, terpaksalah bangun awal pagi untuk hantar anak ke sekolah, yang bekerja pula pastinya setiap hari Isnin banyak report yang kena buat. Betul tak? :)

Baiklah, berkenaan tajuk kat atas tu “duit hilang dalam akaun bank, apa yang perlu kita buat?” Adakah korang akan bakar bank tu, atau korang curi balik duit korang yang hilang tu? Atau paling dahsyat, korang saman pihak bank yang terlibat? Em, untuk saman tu baik korang fikir 100 kali la. Kalau korang rasa duit korang lagi banyak dari bank boleh la korang saman… :) Kalau tak nahas la nanti, tak pasal-pasal korang kena saman balik. Boleh muflis tau.

Aku buat entry ni bukan suka-suka ye, benda ni telah berlaku pada diri aku sendiri pada hari Jumaat minggu lepas, iaitu bersamaan 11hb Julai 2008. Duit aku yang hilang tu agak banyak la jugak, kira-kira 4 angka iaitu rm42.00.

Walaupun 4 angka iaitu rm42.00,  ia adalah jumlah yang amat banyak bagi aku. Sape kata sikit? Kalau korang kata sikit meh bagi duit korang rm42.00 kat aku boleh? So, jumlah rm42.00 adalah jumlah yang banyak! Aku terkejut ketika melihat baki akaun bank aku berkurangan secara mendadak… Sedangkan pagi itu aku baru sahaja mengeluarkan sejumlah rm50.00 menggunakan mesin ATM, dan baki yang tertera pada resit adalah rm10,076.00

Maknanya jika aku dah keluarkan rm50.00 daripada akaun bank aku, baki yang tinggal adalah rm10,026! Betulkan? Yang menjadi masalahnya sekarang adalah, ketika aku memeriksa baki akaun aku pada malam hari yang sama. Secara tiba-tiba menyusut kepada rm9,984.00, kalau menokok takpe jugak ini menyusut memang aku tak boleh tahan. :lol:

Dan dengan sepantas kilat aku terus melaporkan kejadian ini kepada pihak bank yang berkenaan. Dibawah aku sertakan contoh report(memo/email) yang aku hantar kepada mereka(pihak bank), kalau korang nak pakai report ni bolehlah membuat sedikit olahan supaya ayat korang lebih manis dan disukai mereka untuk dibaca. :D

Report yang dihantar oleh aku pada 07/11/2008 10:39 PM:

Subject: Duit hilang dari akaun.
Hi, saya ingin melaporkan kehilangan duit dalam akaun bank saya. Akaun # ########(dirahsiakan)

Untuk maklumat anda, waktu terakhir saya mengeluarkan duit menggunakan ATM di _____ ____ ____(dirahsiakan) banting pada 11/07/08 8:29am.

Baki sebelum saya mengeluarkan duit adalah RM10,076, saya telah mengeluarkan RM50. Baki selepas saya mengeluarkan duit adalah RM10,026.

Tetapi saya terkejut, selepas memeriksa baki menggunakan *******.com ketika ini dalam akaun saya hanya tinggal RM9,984. Yang menjadi persoalan saya, bagaimana duit saya boleh hilang begitu saja?!

Sila ambil perhatian sewajarnya.!

Di atas adalah email sebenar yang aku hantar kepada pihak bank, cuma aku ada mengubah sesetengah bahagian bagi menjaga sensiviti pihak lain.

Hari ini pula, aku menerima email dari pihak bank yang berbunyi begini:

Dear Encik Mohd Helmi

Thank you for your email.

We are currently liaising with the branch with regard to the debit. We will revert to you once it has been attended.

Should you require any further assistance, you are welcome to contact our Customer Service Executives at telephone number 1 300 88 66 88 or 03-7844 3696 (overseas) 24 hours a day , 7 days a week.

 

Best regards,
***** ******* *******

******** Group Customer Care

dan juga, email ini yang ditujukan kepada pengurus cawangan:

Dear Encik *****/ Puan ******

We have received an enquiry from the customer below. We appreciate the branch assistance with regard to Debit Advice debited by your branch amounting to RM42 on 11th July 2008 from his account ##########. Your assistance is highly appreciated.

Best regards,
****** ******** ******

********* Group Customer Care

Aku hargai tindakan mereka ni, buat masa ni aku masih menunggu jawapan seterusnya dari mereka. Jadi nantikan update terbaru aku mengenai isu ini, aku akan kongsi dengan korang apa tindakan susulan dari mereka. :)

Peringatan:

1. Kemaskini akaun anda dengan kerap, bagi mengelakkan hal seperti ini berlaku.

2. Jangan percaya pihak bank 100%, mereka yang bekerja pun manusia seperti kita, kebarangkalian untuk melakukan kesilapan tetap ada.

3. Jangan menggelabah bila duit dalam bank hilang, ikut saluran yang betul untuk membuat laporan, bagi mengelakkan perkara berbangkit dikemudian hari.

4. Simpan duit dalam tanah.


18 Responses to “Duit Dalam Akaun Bank Hilang, Apa Yang Perlu Anda Lakukan? - Siri 1”

  1. 1 shawal

    Kawan saye penah kene camnie duluuuuuuu
    Rm 600 lesap pastu buat report pastu bank buat dek….pastu duiot tu burn pastu duit itu dah takde pastu kawan saye marah pastu kawan saye makan maggie sampai cukup bulan pastu kawan saye kurus pastu kawan saye lagi marah pastu????

    Bank cap kepala harimau…..

    [reply this comment]

    admin reply on July 14, 2008:

    Hehe… same la kepala bank tu… apsal diorang suka curi duit ke?

    Takpe, biar aku teruskan siri bercakap dengan diorang dulu… nak tengok juga tindakan diorang…

    nanti kalau betul-betul takde tindakan balas yg dapat memuaskan hati aku, aku akan cuba saluran lain…

  2. 2 juned

    kasian juga tu yg pernah kehilangan…

    [reply this comment]

  3. 3 titan

    mak aii..banyak duit ko. HOho..nasib dia tak ambil semua..

    [reply this comment]

  4. 4 topo

    hohoho selama ni aku x pernah kisah pon… pasni kena check btol2 la…

    [reply this comment]

  5. 5 En Dlie

    Emm.. nice tips… memang kita kena selalu semak akaun.. takut kalau2 tiba2 lesap.. x sedar.. plak tu tgh nk pkai duit, alih2 terpaksa ikat perut..

    [reply this comment]

  6. 6 admin

    Juned - bukan kesian, tapi sgt-sgt kesian…

    titan - kaalu aku byk, syed bukhari lagi byk maa…

    topo - Mane ble tak kisah topo, kalau sebulan tarik rm10, setahun dah rm120.. byk ke sikit? :)

    En Dlie - Terima kasih En. Dlie, betul tu. Pasal duit kena berkira la sikit… :D

    [reply this comment]

  7. 7 titan

    jadi..apa cite sekarang? depa bagi tak duit tu balik ?

    [reply this comment]

    emme reply on July 20, 2008:

    nanti aku bagi tau apa sebenarnya yg berlaku… :lol:

  8. 8 ida

    adik aku baru masuk poli..dpt pinjaman ptptn dlm RM2500..Die gune kad BANK ISLAM..Tp masa tu kitorg kt CAREFOUR cume ade ATM Machine CIMB & MAYBANK..Masa tu lom perasan ATM AMBANK pun ade…adik aku nk kuakan rm1000 nak beli laptop..baki lain bapak aku support….time die gune machine CIMB & MAYBANK, urusniaga tak berjaya…then aku suh die try transferkn lam akaun aku terus..gune kad aku..kot2 boley ke…bila da masukkan num akaun aku..mesin tu ckp x berjaya jugak nk transfer..then, baru prasan ade ATM AMBANK lak kt hujung sane..kitorg hope berjaya la..seb bek ok..adik aku ley la kuakan rm1000 tu…tp lps dua hari die nk g cucuk duit lg….coz nak balik poli da ptg ni…tgok2 dlm akaun bank die tggal rm84…RM1000 hilang!!!! Menangis la die..sok pg2 die nk g BANK ISLAM nak g tanya…Hope die dpt balik duit die…ksian la..adik bradik kami ramai…nk tggung die lg…camna la ley ilanggggggggggg…Ya Allah tabahkan ht kamii….

    [reply this comment]

    admin reply on August 9, 2010:

    Selepas apa yang berlaku, pokok pangkalnya. Jika ada sebarang masalah, sila hubungi terus talian hotline bank tersebut, jelaskan masalah anda dan simpan resit sebagai bukti. :) Jika anda benar, tiada masalah anda akan menerima duit anda semula. :)

  9. 9 azim

    bank bsn

    [reply this comment]

  10. 10 strauss

    aku pun nk kongsi kes husband aku ni,die kehilangan duit dlm akaun sebanyak rm5000 tanpa disedari…mula silap die jgk x perasan duit 2 kurang,dh 2 hari br die ingat x de kluarkan duit,trus bt report dgn bank dan polis,masalahnye si penipu mengunakan internet banking untuk transfer duit 2,lebih baik korang berhati2…sbb penipuan melalui online ni dh mula berleluasa…penah masuk paper tau..jd laki aku trus x guna internet banking lagi..dan menurut pihak bank duit 2 di transfer atas nama org yg x dikenali n hari yg sama jgk duit 2 dikluarkan dr bank…sampai skrg x dngr ape2 tindakan lagi dr polis dan bank…x tau la dpt ke tak duit 2 blk….mintk2 adela rezeki…insyaallah

    [reply this comment]

  11. 11 minah

    Ari ni aku ngan hubby aku g la wat klur duit kat bank kpala rimau..niat di hati duit tu blh la aku gunakan tuk beli brng2 kperluan umah..dgn sng hatinya aku pun cucuk la kad bank islam aku kat dlm msin atm tu..mskkn jumlah rm1000.00..sblm tu aku dah check bakinya ada rm1109.00 dlm akaun.bila aku dah mskkan amaunnya aku pun tnggu la duit tu kluar..tnggu pnya tnggu duit tak kluar slip bank yg kluar..kat slip tu dia ada tulis pengeluaran anda tidak berjaya tapi baki yg tnggl rm8 shj…waaa…duit aku mana…sedihnya aku…aku wat laporan kat bank dia suh aku isi borang..esk lak aku kena antr borang tu..minta2 duit tu ada la..aminnnn

    [reply this comment]

  12. 12 iqa

    aku terima nasib yang sama lepas 2 hari trima phone call dari “private number” yang menyamar dr celcom nak buat pengesahan nombor akaun bank dan nombor ic aku..tetiba elaun bulananan aku sebnyj rm400 lesap…mcmana nak buat patutkah aku buat report polis??dan selamatkah aku gunakan nombor akaun itu untuk urusan simpanan wang??yang jadi masalahnya elaun maktab aku tiap bulan akan masuk dlm bnk tu..aku bukannya anak org kaya..rm400 tu besar bagi aku untuk isi perut sebulan…kesian..nangis aku

    [reply this comment]

  13. 13 sue

    cmne kte nk cek blnce online??

    [reply this comment]

  14. 14 teha

    salam..
    saya tgh runsing sangat..
    tadi saya nak keluarkan duet gne kad maybank,,tp bank tu jauh,,jadi sye pergilah kat public bank..
    lepastu saya check baki,,
    ada rm1022.00..
    saya pun masukkan amount rm50.00,,
    dia cakap transaksi tak berjaya..
    jadi saya batal kan,,dan ambil la balik kad tu..
    lepastu sye nekad,,pergilah jauh sket kat maybank juga..
    bila check duit,,
    tggl rm971.00..
    saya sedih sangat..
    sudahlah student lagi..
    banyak nak pakai duet..
    tak pernah lagi jadi macam nie..
    bagi saya rm50 tu sgt byk..
    hurm,,
    saya pun pergilah mngadu kat maybank punya customer services,,
    dia soh isi borg,,rasenye ade pape tak tindakan dia akan ambil??
    duet saya akan dapat balik x?

    [reply this comment]

    admin reply on August 27, 2011:

    Kalau ikut step dia, insyaAllah ble dapat dalam tempoh 7-14 hari bekerja. :)

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin