[Blog Ini Ditaja Oleh]


TAG : Saya Suka Spider-Man!

Salam semua! Nampaknya sudah tiga hari secara berturut-turut aku menulis di blog aku ni. :) Kalau di ikutkan banyak benda yang aku nak cerita dan rungkaikan, tapi takpe la simpan dulu. Keluarkan satu-satu… :D

Tapi hari ni lain sikit, aku nak mulakan “sesuatu“. Aku nak mulakan satu TAG yang aku beri nama “Saya Suka … (dotdotdot tu tukar dengan watak cartoon kegemaran korang)” :D Macam mane? “Interesting” tak?

Sebelum tu, ini Syarat-syarat yang wajib korang Patuhi!

  1. Hanya berikan satu watak cartoon kegemaran korang, walaupun aku tau korang suka banyak cartoon… Ye la, dulu kecik-kecik mesti korang nak jadi Spider-man la, X-Men la, Superman la, Usop Sontorian la :P Tak kisah la, watak cartoon apa pun yang korang suka aku cuma nak korang beri satu saje.
  2. Ceritakan secara ringkas, apa yang korang nak buat kalau korang ada kekuatan, atau kuasa, atau” power”, atau apa saje kelebihan yang ada pada ”hero” kegemaran korang tu. Korang boleh ambil contoh yang aku berikan nanti, tapi kalau boleh ceritakan lain dari yang lain, yang datang dari hati korang sendiri… :)
  3. TAG balik kepada 5 orang rakan-rakan blog korang,  ingat lima saje! Kenapa lima? ikut suka hati aku la… :P 

Itu je lah syarat-syaratnya, senang jekan?

spiderman

So, biar aku mulakan…

Kalau aku ada POWER macam Spider-Man, aku nak buat “sarang” kat tengah-tengah antara dua Menara Berkembar Petronas tu… :) Aku nak buat cantik-cantik rumah aku tu pakai “pelekat” yang boleh kuar dari tangan Spider-Man tu, ala kalau korang tengok cerita Spider-Man kan dia boleh keluarkan “tali” dari tangan dia tu. :)

Lepas tu aku nak tinggal dengan WIFE aku kat situ, berdua jer… Mesti syokkan? Bila malam je boleh nampak Bandaraya Kuala Lumpur yang bergemerlapan, sambil-sambil dilimpahi pancaran cahaya yang berwarna warni (diiringi lagu Kuala Lumpur nyanyian kumpulan Hujan)… Ditemani kedinginan hembusan angin malam yang sempoi-sempoi di puncak KLCC dengan insan tersayang… Ahh… indahnya malam… :D

Korang rase tak apa yang aku rasa ni? Em tak kisah la… Duduk kat atas tu pon takde orang yang nak ganggu, takde bunyi bising kenderaan, hiruk pikuk manusia dan sebagainya.

Ha itu lah yang aku nak buat kalau ada POWER macam Spider-Man tu, apa pendapat korang? Okay tak? :)

Okaylah aku nak TAG korang pulak, kita tengok siapa yang kena!

  • Titan - Dia suka Naruto kot
  • Kakeru - Satu-satunya perempuan yang aku TAG
  • WanWma - Dia adalah seorang kartunis muda.
  • Din Beramboi - Blog tengah over bandwith, tunggu blog dah ok aku nak tau cerita dia jugak.
  • Labanon - Orang Kaya Muda.

Okay sampai sini dulu, kepada lima orang yang kena TAG tu sila lah jawab ye… ;) Aku tak kisah bila korang nak jawab TAG aku ni, tak kiralah kat blog korang yang mane satu yang penting korang jawab… Thanks!

Ciao!

p/s: Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja di Malaysia! Bekerjalah untuk diri sendiri, Agama, bangsa, dan Negara!


18 Responses to “TAG : Saya Suka Spider-Man!”

  1. 1 titan

    erk..sampai hati ko TAg aku.

    Aku rasa, bini ko mesti buhsan tinggal kat sarang ko. Hehe :)

    [reply this comment]

    admin reply on April 30, 2008:

    Hehe aku saje nak tengok imaginasi ko… :D

  2. 2 kakeru

    Gulp…kena…tag…lagi… Adakah…satu..mimpi…?

    Ohho, peminat Spiderman rupa2nya emet nih. Mesti sebab Superman dah kena culik dek Faizal Tahir, hehe :p

    [reply this comment]

    admin reply on May 1, 2008:

    Minat Spiderman sebab macho maa… costum dia memang cool! Aku kurang minat Spiderman, sebab dia kurang siuman pakai spender kat luar. :P

  3. 3 titan

    Imaginasi aku? Hehe, nanti aku wat TAG nih. Sekarang busy sket la..

    [reply this comment]

    admin reply on May 1, 2008:

    Xde masalah Titan, aku faham sebab tu aku bagitau kat atas tu… Tak kisah nak jawab bila, yang penting korang jawab… :)

  4. 4 Din Beramboi

    Huhu..aku pun terkena la..adeh, tak sempat nak elak. Tepat2 kena atas buntut..hehe. Yup, blog aku dah ok dah..sempena bulan baru nih. Dia dah reset balik..

    Ok, dun wury..aku jawap lorr.. :D

    [reply this comment]

    admin reply on May 1, 2008:

    Jawab best2 din! :D

  5. 5 starline

    Kalau suka Spiderman mesti cicak-man pun suka jugak :)

    [reply this comment]

    admin reply on May 3, 2008:

    Cicakman? boleh la… :) Aku lagi suke cicakman tu di lakonkan secara serius, jadikan watak cicakman tu hero yang serius… Aku dah muak tengok lawak apek tu…!

  6. 6 kakeru

    Salam Emme,

    Saya dah jawab tag ni. Jemput baca :)

    [reply this comment]

    admin reply on June 17, 2008:

    Saya hargai Kakeru :) tq!

  1. 1 My blog PageRank was PR3! -- EarnCent.com
  2. 2 tag animasi cerita kartun
  3. 3 TAG - Saya Suka Naruto! -- EarnCent.com
  4. 4 TAG: Aku, Kartun dan Superhero | Blog SihatSokmo.Com
  5. 5 Tagged: My Favourite Cartoon Character : CikguAzleen.com
  6. 6 Tagged: My Favourite Cartoon Character

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin