[Blog Ini Ditaja Oleh]


Keputusan SPM dan STAM 2007 akan di umumkan esok, iaitu pada 12 Mac 2008. Selamat berjaya di ucapkan kepada semua yang mengambil peperiksaan ini. Terutama sekali kepada student-student Ex-sekolah lama aku masa SPM dulu, FYI aku dulu amik SPM kat sekolah SMK Banting, Selangor. Aku harap korang semua mencapai keputusan yang cemerlang. :D

smk-banting

SMK BANTING (NUMERO UNO)

 

Maklumat Lanjut Keputusan Peperiksaan SPM 2007

Teringat masa zaman sekolah dulu2, memang seronok sangat! Aku amik SPM pada tahun 2002, kelas Teknologi Kejuruteraan - 5 Lotus. :)


10 Responses to “Keputusan Peperiksaan SPM dan STAM 2007 Akan Diumumkan Esok 12 March 2008”

  1. 1 zool

    Selamat berjaya untuk pelajar2 semua…

    [reply this comment]

  2. 2 Wizurai

    okey gak tu… pasni paper takdelah cite pasal PRU sgt… frontpage letak gambar pelajar berjaya pulak…

    [reply this comment]

    admin reply on March 11, 2008:

    Betul tu Wizurai, 10 markah untuk kamu :)

    Pening kepala ni fikir tentang PRU jer…

  3. 3 beduzbiz

    Walaupun hampir 5 tahun meninggalkan spm tapi rasa baru semalam je meninggalkan dewan peperiksaan selepas kertas kimia..

    [reply this comment]

  4. 4 titan

    hehe..teringat result SPM aku. korang dapat berapa A haa??

    [reply this comment]

  5. 5 admin

    Haha:D ada ke yang nak bagitau result SPM kat sini? Maybe kalau result korang gempak berani la kot :P

    Aku SPM 1 A jer, yang lain ok la kredit, cume Fizik N Kimia jer cukup2 makan. Aku dulu kat skolah memang pemalas sangat. Padan muka aku! :)

    Ko Titan tanye orang, result ko berapa? Agaknya Wizurai dengan Beduzbiz mesti dapat 10 A’s kan? :D hehe

    [reply this comment]

    titan reply on March 13, 2008:

    aku tak terer cam ko.

    aku ada semua huruf dari 1A sampai la ke 7D.

    hoho..Best gila. Tapi kalau 1A. AKu ada 5bijik je. 2A ada sebijik. English aku dapat 7D..Memang tak terer aku bende2 english nih.

    Korang caya tak result aku nih?

    admin reply on March 13, 2008:

    Aku percaya result ko tu.

    Titan hebat ko dapat 6 A!, patut la bab cari duit ni otak ko lagi cerdas dari aku.

    Aku cuma boleh follow ko dari belakang jer… :)

  6. 6 admin

    Woit.. dahsyatnya budak2 sekarang, SPM 20 A1 ? :D

    Sumber utusan online
    PUTRAJAYA 12 Mac – Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, Azali Azlan memperoleh 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang keputusannya diumumkan hari ini.

    Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd. Dom ketika mengumumkannya berkata, seramai 1,072 calon berjaya mendapat 1A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,280 calon pada tahun sebelumnya.

    Daripada jumlah itu, 892 atau (83.2 peratus) yang memperoleh semua 1A bagi 2007 terdiri daripada calon sekolah KPM berbanding 917 (71.6 peratus) pada tahun sebelumnya, katanya.

    “Seramai 58,519 calon sekolah KPM mendapat sekurang-kurangnya gred 6C bagi semua mata pelajaran yang diduduki dalam SPM 2007 berbanding 57,015 pada tahun 2006,” katanya.

    Beliau berkata, hanya 2,911 atau 0.75 peratus calon gagal (gred 9G) dalam semua mata pelajaran berbanding 2,823 (0.79 peratus) pada tahun 2006.

    Turut mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan itu ialah Quek Hai Ren dari SMK Hwa Lian, Mentakab Pahang pula memperoleh 16 1A.

    Bagi calon istimewa, Alimuddin berkata, seramai 189 (53.2 peratus) daripada 355 calon berjaya mendapat sijil berbanding 176 (60.5 peratus) daripada 291 calon pada tahun sebelumnya.

    Menurutnya, calon cacat penglihatan, Loh Wei Siong dari SMK Batu Lintang, Sarawak, mendapat enam 1A dan dua 2A bagi semua lapan mata pelajaran yang didudukinya.

    Sementara itu, Alimuddin berkata, calon-calon yang menduduki SPM 2007 merupakan kumpulan pertama yang mengikuti program pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mulai tingkatan satu pada 2003.

    Beliau berkata, program PPSMI didapati tidak menjejaskan pencapaian murid dalam semua mata pelajaran Sains dan Matematik malahan prestasi dalam mata pelajaran Matematik Tambahan, Fizik dan Biologi, meningkat.

    “Peningkatan tersebut berlaku di peringkat nasional dan di kalangan murid bandar dan luar bandar,” katanya.

    [reply this comment]

    titan reply on March 13, 2008:

    huhu. Ala. Seterer diorang pun. Tak penah masuk blog aku pun..

Leave a Reply





3K2 theme by Hakan Aydin