Apa Sudah Jadi? Saban Tahun Inflasi Meningkat, Apa Kesudahannya?
Published January 8th, 2008 in Isu semasa, UmumSekarang heboh mengenai isu kekurangan bekalan minyak masak di negara kita. Jika kita amat-amati, masalah ni pernah timbul tahun lalu. Tidak silap saya sekitar pertengahan tahun 2007, tapi apa punca sebenarnya masalah ini?
Pada pendapat saya, segala permasalahan ini berpunca daripada para pengilang yang tamak dan inginkan keuntungan yang maksimum, dengan membelakangkan masalah yang bakal ditanggung oleh seluruh rakyat.
Jika harga barangan komoditi ini meningkat ia sudah pasti membebankan golongan yang tidak berkemampuan, kita sedar bahawa kerajaan juga sudah melakukan pelbagai cara untuk membantu meringankan beban rakyat. Namun, ia masih tidak mencukupi.
Dari sudut lainnya pula, kerajaan juga yang akan mengalami kerugian pada jangka masa panjang, bagaimana kita nak mengeksport minyak ke negara Eropah, dan Asia Barat jika harga barang kita mahal. Sedangkan negara2 maju seperti Amerika Syarikat sedang cuba menyaingi minyak masak kita dengan memperkenalkan Minyak kacang soya, yang kita akui mempunyai pelbagai khasiat selain harganya yang lebih murah.
Kerajaan tidak seharusnya mengalah dengan tekanan para pengilang ini, mereka hanya fikirkan keuntungan saja. Mereka seolah2 tiada kesedaran sivik, mereka tahu jika mereka menekan kerajaan seperti sekarang, pasti jumlah subsidi untuk minyak masak akan bertambah.
Keuntungan mereka sudah pasti mencanak naiknya… Kita tunggu dan lihat saja mengenai isu ini, yang pastinya Di masa2 akan datang isu ini akan timbul juga jika kerajaan sering mengalah dengan tekanan para pengilang.
DAN JIKA PERKARA INI TERUS BERTERUSAN, ADAKAH KITA AKAN MEMPUNYAI KERAJAAN “BARU” YANG DI KETUAI BARISAN PEMBANGKANG PADA PILIHANRAYA AKAN DATANG NI?. KITA TUNGGU SAHAJA, NEGARA KITAKAN “DEMOKRASI”.
Ikhlas dari
Mohd Helmi a.k.a emet


Ehm, kalau takdenya inflasi. Takde wujudnya sebuah negara. Rasanya semua negara mengalami masalah nih kan?
[reply this comment]
Memang inflasi wujud kat mane2, saya tak kate inflasi takde atau tak bagus. Maksud saya, kalau dah inflasi saban tahun ape maksudnya… Itu tandanya ada yang tak kena, anyway Negara kite is the best k…
CHEERS!!
[reply this comment]